Terkini

"Royalti ini hak Kelantan.... .saya selaku kepala Kerajaan tidak halalkan walau 1 sen pun"-Tok Guru Nik aziz

Almarhum Tuan Guru Dato  Nik Aziz sewaktu kempen "R" Royalti.
Kenyataan media R sempena PRK DUN Chempaka.

1. Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI) ingin mengingatkan BN, bahawa pertandingan dalam pilihanraya adalah semangat demokrasi dan memberi hak kepada rakyat untuk membuat pilihan.

2. Jika tidak bertanding dalam satu-satu kawasan atas sebab menghormati bekas wakil rakyat, adakah selama ini tidak hormat apabila bertanding?

3. Alasan utk menggunakan kewangan yang sekiranya Umno/BN tidak menyertai PRK tersebut ianya buleh digunakan utk membantu mangsa banjir adalah amat tepat sekali kerana rakyat Kelantan sudah sedia maklum tentang perkara ini yang mana jentera Umno/BN tidak kelihatan atau sumbangannya tidak dirasai atau terlalu kecil atau tidak memadai berbanding dengan kesangsaraan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

Kami ingin mencadangkan sekiranya alasan ini benar-benar dijadikan asbab kepada Umno/BN untuk tidak bertanding di PRK tersebut, pihak Umno/BN seharusnya menggerakkan jenteranya yang ramai dan hebat tersebut dengan sumber kewangan beruta-juta (yang kebiasaannya dibelanjakan untuk setiap PRK) digunakan untuk program Misi Bantuan Banjir di Kelantan. Kami amat yakin dan percaya sekiranya kekuatan Umno/BN ini digunakan sepenuhnya dalam tempoh PRK tesebut (1 bulan anggaran minima) ianya berupaya membina rumah-rumah baru berjumlah 1 000 buah dan cukup untuk membaiki kerosakkan 100 000 buah rumah.

Cuba kita bayangkan keadaan dan suasana kempen PRK ini (penyertaan berpuluh ribu jentera Umno/BN dari seluruh negara) berlaku di dalam kerja-kerja membantu mangsa banjir, ianya berjaya menyelesaikan hampir 90% daripada masalah yang dihadapi rakyat di kawasan musibah Tsunami Banjir terburuk tersebut.

Langkah ini seterusnya dapat sedikit sebanyak melangsaikan tanggung jawab Kerajaan Persekutuan yang dinilai oleh rakyat kini bahawa Kerajaan Persekutuan tidak banyak membantu, yang ada hanyalah NGO-NGO dan Kerajaan Negeri.

Pihak kami mengingatkan kepada parti-parti politik samada BN/ PR , jangan hanya gairah untuk mendapatkan kuasa politik semata-mata, tetapi apabila memperolehi kuasa tersebut, ianya tidak digunakan untuk membantu rakyat yg berada dalam kesusahan.

4. Jika alasan hormat kepada Almarhum Tok Guru pula terus dimainkan, ROYALTI mengsyorkan dengan tegas, bahawasanya, dengan mematuhi Akta Pembangunan Petroliam 1974 & Perjanjian Royalti yang ditandatangani 9 Mei 1975 adalah satu penghormatan tertinggi dan paling ikhlas bukan sahaja terhadap Tok Guru Nik Aziz, tetapi kepada 1.5 juta populasi rakyat Kelantan.

Umno/BN buleh mengambil kesempatan emas ini untuk mengarahkan Petronas membayar royalti petroliam kepada kerajaan Kelantan yang kini dianggarkan melebihi RM13 billion. Menjelaskan bayaran royalti adalah tanda hormat tertinggi kepada Arwah Tok Guru.

Untuk ingatan semua pihak, kami titipkan semula pesanan Arwah Tok Guru "Royalti ini hak Kelantan, kita tuntut hak, saya selaku kepala Kerajaan tidak halalkan walau 1 sen pun, tak bayar di dunia,tunggulah kita tuntut di akhirat".

Sekian,

PERTUBUHAN R KELANTAN
18/2/15

1 Response to ""Royalti ini hak Kelantan.... .saya selaku kepala Kerajaan tidak halalkan walau 1 sen pun"-Tok Guru Nik aziz"