Terkini

Keputusan Mesyuarat PAS Pusat sokong Wan Azizah.

KENYATAAN MEDIA: PAS KOMITED MENANGKAN CALON PAKATAN RAKYAT

Kenyataan Media

1) Keputusan PAS menyokong dan membantu calon PKR Permatang Pauh telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi PAS. Mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal.

2) PAS dengan ini menegaskan semua ahli-ahli PAS wajib menolak sebarang arahan atau pendirian yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat ini, dan sekiranya ada tindakan dari mana-mana ahli yang terbukti bertentangan dengan arahan ini, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas ahli tersebut berdasarkan peruntukan-peruntukan yang jelas termaktub dalam perlembagaan. Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.

3) PAS komited membantu kemenangan rakan-rakan PR dalam usaha menyelamatkan rakyat dari tindakan-tindakan yang menindas oleh kerajaan pimpinan BN. Seluruh Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat mesti meneruskan gerak kerja kempen pilihanraya sehingga tahap maksima untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat, iaitu Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Hj Mohamad B Sabu
Timbalan Presiden 
Pengarah Induk Jentera P'raya PAS Pusat


0 Response to "Keputusan Mesyuarat PAS Pusat sokong Wan Azizah."

Post a Comment