Terkini

Abang Mat Sabu.

Memoir Abang Mat Sabu
Liku perjuanganmu
Tabah meredah tribulasi,
membawa bicara rakyat,
Abang Mat ,
Ketika aku dalam hingusan politik
kau sudah memikul sengsara,
Pernah berdengkur di palang besi,
diburu dan dihimpit dalam setiap gerakmu,
dari kebuasan tangan politik
yang memperkosa demokrasi
Abang Mat,
Keramat bicaramu
Menghimpun ribuan warga
dari segala ceruk desa
Bersengkang matamu
Ke hulu dan hilir
mendendang rintihan umat
Abang Mat ,
mereka yang masih ingusan
Membuka pencak tempang
Kerana tidak arif bersilat,
Lantas Menggempur semberono sekadar
Berbekal sekelumit pengalaman
Abang Mat,
Kau sebenarnya tidak tewas
Dalam hakikat perjuangan
Meskipun rebah dalam rumahmu
Kerana pejuang sejati
Tidak harap menjulang piala
Tetapi menjulang matlamat hakiki
Abang Mat rela tersingkir
ditangan manusia 
Tidak rela tersingkir matlamat rabbani

Karya Penasgi.

0 Response to "Abang Mat Sabu."

Post a Comment