Terkini

Abdul Azeez ,nak jadi bapa angkat Permatang Pauh,urus dana Tabung Haji pun gagal.


*KUALA LUMPUR:* Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan kerana tidak layak mempengerusikan lembaga yang menguruskan dana awam yang besar. Husam berkata, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah petang ini ternyata bercanggah dengan penafian awal oleh Abdul Azeez. Johan mengesahkan kesahihan sebahagian dokumen yang dibocorkan di media sosial mengenai pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX).


0 Response to "Abdul Azeez ,nak jadi bapa angkat Permatang Pauh,urus dana Tabung Haji pun gagal."

Post a Comment