KUALA LUMPUR - Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya kini sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pada Muktamar Pas ke-61, bulan depan.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat bagaimanapun menolak pencalonannya sebagai naib presiden pada pemilihan parti itu bagi penggal 2015-2017 pada awal Jun ini.
"Dengan penuh rasa insaf dan rendah diri, saya menerima pencalonan sebagai AJK Pas Pusat dan tidak menerima pencalonan sebagai Naib Presiden.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan saya sebagai naib presiden, namun saya yakin barisan nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut lebih berwibawa dan berkemampuan serta berkelayakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Mujahid juga menggesa mana-mana calon yang bertanding pada pemilihan barisan kepimpinan Pas yang baharu itu perlulah bersaing dengan sihat.
"Jika asas bersaing itu untuk idea terbaik maka parti akan mendapat yang terbaik, tetapi apabila asas bersaing itu ialah berkelompok maka yang menang ialah kelompok dan belum tentu mereka ada idea untuk memajukan parti.
"Tidak semua persaingan itu buruk, dalam Islam persaingan ke arah kebaikan diungkapkan dalam kata-kata “fastabiqul khairat” (berlumba-lumbalah ke arah kebaikan)," ujarnya.
Beliau berkata lagi, Islam meletakkan adab bersaing itu dengan tidak menjatuhkan lawan dengan tohmahan dan tuduhan.
"Ia mestilah yang dikritik dan dibahaskan itu ialah idea dan pendapat berasaskan dalil dan hujah.
"Dalam mendebatkan idea perlu dijauhi nilai-nilai permusuhan dan kebencian manakala keikhlasan adalah jambatan utama antara pesaing," katanya lagi
Pun belum tentu bolih menang sebab Dr ini sudah di lebelkan oleh ulamk Ug .Golongan ualamrmak Ug memang akan cuba menghapus kumpulan yang bolih buat kerja untuk kekutan Pas.
ReplyDeleteDR yg tak guna... aku doakan dia kalah AJK pusat..sbb perosak PAS ...
ReplyDelete