Polemik dalam PR perlu ditangani dengan sifat berlapang dada, matang dan bijaksana antara pemimpin.Kemelut yang berlaku akan diperhatikan oleh rakyat bagaimana PR menyelesaikan pelbagai isu yang menuntut kebijaksanaan dan semangat muafakat yang tinggi.Sifat keras, saling menghentam bukanlah cara yang praktikal dan berhemah, sebaliknya menggambarkan kegopohan politik dan sifat ego yang mengundang kepada polemik yang tidak berkesudahan dan membuka jalan kepada perpecahan.Apakah kita ingin terus melihat kezaliman, rasuah , salah guna kuasa, pembaziran terus bermaharaja lela kerana kejahilan.?
Atau Kerana langkah sumbang kita sendiri.
Lihatlah realiti di depan mata, banyak perkara dapat kita laksanakan untuk kepentingan rakyat dan agama apabila PR berjaya mentadbir beberapa buah negeri,Di negeri negeri yang kita tidak kuasai kita hanya berupaya 'menyalak' tetapi tidak dapat melaksanakan 'negara berkebajikan' dan menghidupkan aktiviti keagamaan dengan ruang yang lebih luas.Medan untuk berdakwah lebih terbuka dan kurang gangguan daripada pihak- pihak tertentu, Mengapa kita tidak mengambil manfaat yang banyak daripada retorik yang sedikit sahaja manfaatnya.(penasgi)
0 Response to "Langkah sumbang kita, negara kebajikan tidak dilaksana."
Post a Comment