Terkini

Masuk kem I.S.A boleh mimpi jumpa nabi.

Banyak-banyak orang kena I. S. A. ,hanya Ustaz Mokhtar Senik   yang mimpi jumpa nabi  dan sahabat nabi.

Kena tahan pula sebab al -maunah, bukannya jadi aktivis PAS.

Tak tahu pula mimpi jumpa nabi kena diviralkan.Buat malu saja.

Mokhtar, yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Agong, menulis pengalamannya, dan berkata antara hiburan Allah kepada mereka semasa dalam tahanan ialah mimpi indah.

"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah. Sepanjang 3 tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi didatangi Saidina Umar Alkhattab," tulis ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadam posting tersebut selepas ia mengundang sindiran pengguna media sosial lain.


2 Responses to "Masuk kem I.S.A boleh mimpi jumpa nabi."

  1. Macam mana beliau tahu itu Nabi Muhammad s.a.w. atau Saidina Umar r.a. Kalau sahabat bermimpi itu memang benar sebab sahabat pernah berjumpa dan kenal rupa paras.

    Walaupun syaitan tidak boleh menyerupia Nabi, tapi syaitan boleh menipu manusia dengan samaran. Kalau syaitan itu suruh penggal kepala anak macam mana nak ikut? Kalau syaitan itu beri "hadith" baru macam mana? Nak ikut? Sedangkan Allah dah bersabda;

     الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا (٣)

    “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu.”(Al-Maaidah: 3)

    Sekiranya kita bermimpi biasanya itu adalah kegembiraan kita sendiri dan selalunya hanya berkongsi dengan keluarga rapat. Memang orang yang menghebohkannya selalu bersifat riak dan mengharapkan penghormatan anak murid, masyarakat.

    Serupalah macam Allahyarham Ustaz Asaari Al Arqam yang bermimpi nabi dan menyatakan beliau bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia....itu yang problem...habis kena gempur. So kalau Mokhtar Senik bermimpi ...baik2 jangan tersilap kata akan gantikan TGHH nanti kena pancung.

    Banyak tok tok guru dan habib habib pun menipu orang melayu untuk kepentingan diri. Dengar Mursidul Am Pas sekarang pun pernah bermimpi

    ReplyDelete
  2. Kalau bekas Al Maunah yg cuba perangi Negara boleh berada di saf tertinggi PAS apa maksud dan muslihatnya?
    Ini soal keselamatan Negara. Pemimpin2 tertinggi PAS kena berhati hati. Racun bisa membawa bencana pada Rakyat dan Negara. Baik dicantas sebelum terlambat.

    ReplyDelete