MUKTAMAR PAS menerima usul Dewan Ulama PAS supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.
Usul yang diputuskan dalam muktamar Dewan tersebut diterima tanpa bahas seperti mana yang diedarkan kepada perwakilan.
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menjelaskan walaupun usul tersebut diterima tanpa bahas, terpulang kepada jawatankuasa pusat PAS untuk melaksanakannya.
Hampir keseluruhan jawatankuasa Pusat PAS yang baru dipilih dikuasai kumpulan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.
"Ia (usul itu) tak bahaslah. Maknanya, jawatankuasa usul diterima tanpa bahas (tetapi) perlaksanaan terpulang kepada jawatankuasalah. Jawatankuasa akan tentukan macam mana nak buat," katanya ketika ditemui Malaysiakini.
Alasan dinyatakan antaranya susulan tindakan DAP yang didakwa tidak menghormati prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju".
Selain itu, DAP juga telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kekal dengan PAS, yang dianggap satu sikap menghina presiden.
Mereka juga memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PAS Sabah dan Sarawak dan didakwa tidak menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS.
(Sumber MK)
Alhamdulillah.. Tindakan yg wajar..Ulamak memimpin, profesional memayunginya.. Bila peluang diberi mereka lupa diri dan ingin membelakangi ulamak..tq kpd perwakilann yg memahami hasrat akar umbi.
ReplyDeleteulamak dah demam mat bugis monggol...............sama je Pas dgn ameno!
ReplyDeleteIni yg dikatakan ulamak masuk suku, nak keluar tak nak........lancau la ulamak, cakap berbelit2....ingat kita org tak tau alif ba taa ke, kalau kata keluar ,keluar lah.......kalau tak pancut cakap tak pancut.....nafsu besar tenaga tak ade! ularmak dah!
DeletePASMA ....!
ReplyDeleteElok bebenor le kawan pun nak daftar Pasma. Pasma gi settle dengan ROS dulu. ramai nak daftar ni tapi jangan buat perangai seperti PAS yang baru ni.
Tak gemor teman. parti politik tetap politik. nak sembang Agama takda masalah jangan terlalu rasis sangat. Agama Islam pun menyuruh berbaik baik dengan agama dan bangsa lain.
Jangan berselindung disebalik Agama pulak Pasma. berani bersuara tak seperti kes Tabung Haji, Pas diam wat bodoh je nampak sangat takut duit bertanding dalam parti nanti takda yang nak support.
Kemenangan PAS baru2 ni nampak Pelik. jangan salah kan CHAI tapi bodoh kan yang mengundi dia faham ke bezakan parti politik dan Agama.