Terkini

Salahuddin Ayub, sebelum muktamar difitnah, kalah kena belasah.

Bekas Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub kesal dengan sikap ahli parti Islam itu yang masih mengecamnya walaupun tewas mempertahankan jawatannya semasa pemilihan muktamar ke-61 awal Jun lalu.

Sejurus diumumkan dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat semalam, Salahuddin berkata pelbagai respons diterimanya, ada yang memberi nasihat dan memujuk, malah ada juga yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan.

"Kesian saya. Sudahlah sebelum muktamar ditohmah fitnah, dah kalah pun kena belasah lagi. Tapi saya tak boleh marah-marah.

"Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi


0 Response to "Salahuddin Ayub, sebelum muktamar difitnah, kalah kena belasah."

Post a Comment