MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Anwar Ibrahim gesa rakyat serta pakatan baru.

Sebuah pakatan baharu pembangkang yang termasuk kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa rakyat Malaysia menyertainya dalam menyelamatkan negara.

Dalam perutusan dikeluarkan melalui peguamnya semalam, ketua umum PKR yang dipenjarakan itu menyuarakan kebimbangan mengenai situasi negara yang disifatkannya sedang melalui "krisis semakin teruk" akibat skandal rasuah dan kewangan, juga kejatuhan nilai ringgit.

Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

"Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

"Tindakan bersama pelbagai kumpulan ini, yang komited terhadap pembaharuan dan perubahan, akan menawarkan demokrasi tulen dan satu alternatif yang adil kepada rakyat.

"Marilah kita mengenepikan segala pertimbangan dan perbezaan lain, dan memberi tumpuan kepada perjuangan yang hebat ini untuk menyelamatkan Malaysia," kata Anwar dalam perutusan itu.

Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan sekutunya DAP serta PAS, tidak lagi wujud apabila parti Islam itu membuat keputusan pada muktamar bulan lepas memutuskan hubungan dengan DAP. – 22 Julai

Sumber TMI


4 Responses to "Anwar Ibrahim gesa rakyat serta pakatan baru."

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kami sokong GHB ganti PAS dlm pakatan 2.0. Tetapi sokongan kpd PAS perlu diteruskan utk menjadi badan dakwah kpd masyarakat. Semoga satu hari nanti selepas Pakatan 2.0 menang, insya Allah GHB bersama PAS akan berusaha merintis jalan utk melaksanakan Hudud. Kerajaan Pakatan 2.0 tiada masalah utk memberi ruang secukupnya kpd GHB dan PAS utk berdakwah kpd masyarakat melalui media TV tentang kebaikan hudud. Aku yakin kerana kerajaan pakatan di selangor dan Penang sampai skrg tak pernah halang ustaz PAS drp beri kuliah di masjid2 dan surau2. Yang tutup surau kat Shah Alam dulu tu UMNO BN, bukan DAP Pakatan. So insya Allah, hudud lebih berpeluang dilaksanakan bila pakatan 2.0 memerintah. Kalau nak harapkan UMNO, sampai skrg Usul HUDUD tak diberi jalan utk dibentang di parlimen..

    ReplyDelete
  3. Tuan Admin Sisi Bukit adalah pengkhianat dalam PAS dan patut letak semua jawatan dalam PAS dan umum keluar PAS segera. Tuan dah tak diperlukan dalam Jamaah PAS.

    ReplyDelete
  4. Duduk diam diam sudah lah Pak Anuar.... Tu Si G18 yang kecewa sedar tak sedar dah mula dimakan "sumpah" tau!!!

    ReplyDelete