MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Parti Baru boleh tahan tidak lebih dua tahun-Haji Hadi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak melihat parti Islam baru yang sedang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya akan mempunyai hayat panjang.

“Pengalaman kami, semua kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.

Sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini mengumumkan menggerakkan sebuah kumpalan dinamakan Gerakan Harapan Baru Baru.

Ia antaranya bertujuan merintis usaha penubuhan parti Islam baru yang lebih terbuka serta membentuk gabungan pembangkang Pakatan Rakyat 2.0.

Pakatan Rakyat kini berpecah susulan pertelingkahan berterusan PAS-DAP, terutamanya dalam isu hudud.

Muktamar PAS sebelum ini membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, sebuah parti berasaskan fahaman sekular.

Haji Hadi bagaimanapun tidak melihat gerakan baru itu sebagai ancaman.

Katanya, berdasarkan sokongan dalam pemilihan lalu, mereka cuma disokong oleh 20 peratus perwakilan.

“Mereka telah ditolak oleh parti dan akan juga hilang sokongan rakyat,” kata Haji Hadi.(sumber mk)


0 Response to "Parti Baru boleh tahan tidak lebih dua tahun-Haji Hadi."

Post a Comment