Terkini

Setiausaha Agung PKR akan turut serta siri penerangan Harapan Baru.


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau menyokong penuh Gerakan Harapan Baru, sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh kumpulan pemimpin PAS yang "disingkirkan" dalam pemilihan parti itu bulan lalu.

Malah, Rafizi berkata, beliau juga akan turut serta dalam siri jelajah Gerakan Harapan Baru yang akan diadakan selepas hari raya nanti.

"Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno dan BN menjelang Pilihanraya Umum ke-14.

"Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, Rafizi berkata, beliau yakin dengan penubuhan gerakan tersebut akan membawa satu kerjasama yang mampu menumpaskan Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, gerakan yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu bersama pemimpin yang telah lama berjuang menentang BN merupakan satu perkembangan baik.

"Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini.

"Rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama daripada saya dan pimpinan muda yang lain," katanya lagi


1 Response to "Setiausaha Agung PKR akan turut serta siri penerangan Harapan Baru."