Terkini

ABIM minta serta BERSIH 4, untuk hentikan kebangsatan umat.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru umat Islam agar menyertai himpunan Bersih 4 bagi menghentikan kebangsatan umat Islam yang khususnya kaum Melayu.

Presiden Abim Amidi Abd Manan berkata, ruang hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan perlu digunakan bagi tujuan menghentikan kebangsatan berkenaan.

"Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan terhadap peringatan demi peringatan berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penindasan, politik fitnah dan pembaziran tidak diendahkan selama ini.

"Abim menegaskan agar mesej dakwah ini tidak dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan melampaui batasan undang-undang.

"Sehingga melanggar prinsip demokrasi berparlimen seperti vandalisme, provokasi melampau dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amidi  berkata kebangsatan dan kesialan sesuatu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui segenap kalangan.

Katanya, umat yang terbaik didirikan dengan keberanian melaksanakan dakwah.

"Dakwah bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Katanya, perkataan bangsat dipilih kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika Umno kehilangan kuasa.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa. Terbangsat... tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.

"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap." – 25 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/abim-seru-umat-islam-sertai-bersih-4-hapuskan-kebangsatan#sthash.YtlXEUH7.dpuf


1 Response to "ABIM minta serta BERSIH 4, untuk hentikan kebangsatan umat."

  1. Insyllah dari kami 10 000 orang yang mahukan Malaysia baru !!!

    Anak anak Kelantan terenganu Pahang di perantauan. !!!

    Bersihkan MalaysiaL dari

    Malapetaka kapal tak boleh selam, penyerang sulu, kapal hilang, kapal di tembak jatuh, Mongolia di bunuh, 1mdb, pemenjaraan Anwar, banjir besar, cincin 70juta, ringgit susut nilai, saham menjunam, bond tak laku, rusuhan kaum, pegawai di pecat, hakim di jual, pendemo di tangkap, rasuah di julang, menteri di buang, ahli umno di suap wang haram, bini jadi kepala negara...

    Masyallah banyak ya ...
    Tolong bersihkan!!!

    ReplyDelete