Terkini

Berita sedih, di Negeri Sembilan , kanak-kanak 11 tahun melahirkan anak.


JEMPOL 5 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta di pekan Bahau, pagi tadi.

Ketua Polis daerah Jempol, Suprintendan Hamzah Alias berkata, murid darjah lima itu dibawa oleh neneknya ke klinik tersebut selepas mengadu sakit perut.

“Apabila tiba di klinik, doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengandung dan akan melahirkan bayi.

“Hasil siasatan dia dipercayai tinggal bersama neneknya di pekan Bahau. Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini,” katanya.

Ibu muda dan anaknya dalam keadaan sihat. - UTUSAN ONLINE

0 Response to "Berita sedih, di Negeri Sembilan , kanak-kanak 11 tahun melahirkan anak."

Post a Comment