Terkini

BERSIH 4, GHB hantar 500 petugas keselamatan-Salahuddin Ayub.

Timbalan pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan kumpulannya akan menghantar 500 orang petugas keselamatan untuk mengawal perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada 29 Ogos ini.

Bercakap pada satu sidang media, bekas naib presiden PAS itu berkata, pihaknya akan menghantar pasukan Amal Relief atau “Arif” yang mempunyai khidmat sama seperti Unit Amal dalam parti Islam tersebut.

"Kita menyertai Bersih kerana ia perhimpunan aman, berhimpun secara aman dan menuntut satu pilihan raya yang adil," katanya pada sidang media di Shah Alam, Selangor hari ini.

"Kita jangkakan akan menyediakan lebih kurang 500 anggota untuk menjaga keselamatan kebajikan (peserta) dan Proguam, pasukan peguam muda yang bertugas sekiranya ada berlaku penangkapan."

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sebelum ini memberi jaminan perhimpunan aman itu akan diteruskan seperti dirancang walaupun tidak mendapat sambutan PAS.

Perhimpunan Bersih 4 anjuran Bersih 2.0 tersebut terbuka kepada sesiapa saja, termasuk PAS dan pihaknya sejak awal menghantar surat kepada semua parti politik menjemput menyertai himpunan itu.

Dalam tiga perhimpunan Bersih sebelum ini, PAS menghantar anggota Unit Amal bagi membantu mengawal keselamatan. – 15 Ogos, 2015

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ghb-sediakan-500-petugas-keselamatan-kawal-perhimpunan-bersih-4#sthash.cXNbIuJL.dpuf


7 Responses to "BERSIH 4, GHB hantar 500 petugas keselamatan-Salahuddin Ayub."

  1. Baguslah KALAU boleh hantar sampai 500 org jaga keselamatan.. yg aku lebih bimbang jumlah yg sertai BERSIH 4 nanti pun lebih kurang 500 orang juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu takperlu bimbang, sebab tiada kaitan dengan hidup dan mati kamu. Hahahah

      Delete
    2. Kalo 500 pn x pe..ini anjuran ngo2..janji ikhlas..drp PAS nk jd ketua tp khianat ngn rakyat nk buat pe

      Delete
    3. Pas x de kena mengena pun dlm ini gambar... macamamna plk nk jd ketua.. tolong hentikan fitnah..

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Mne ade fitnah..Ko ni mmg jnis x phm bahasa..bl ade org ckp PAS parti surga ko ni join BERSIH..kot mne dtg nye fitnah..kahkahkah..

      Delete
  2. biarkan gerakan geng hampa jer berarak bersama pengikut2 dap yg berpuluh ratus ribu tu akan turun nanti...hahahah jadi alat apek ajelah ghb ni....

    ReplyDelete