MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

GHB,Cakap-cakap besar kosong yang angkuh-Ustaz Sidek Noor.

Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Perak

Dewan Ulamak PAS Perak memandang serius perkembangan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dalam roadshow mereka kebelakangan ini. Dewan Ulamak PAS Perak (DUPPk) merasa terpanggil untuk membuat kenyataan untuk memberi penjelasan kepada Ahli PAS dan Penyokong PAS bahawa DUPPk tidak langsung mengiktiraf perbuatan GHB ini.

Gerakan GHB ini sebenarnya bergerak dalam suasana keraguan kerana rata rata pemimpin mereka mahu dan menyatakan untuk Buat Parti Baru, Namun tiada keyakinan untuk keluar daripada PAS. Mereka begitu angkuh melaungkan untuk mewujudkan wadah baru, tetapi keberanian tiada. Akhirnya tanpa malu dan segan mereka bergerak untuk kempen kepada ahli ahli PAS untuk bersama mereka. Satu tindakan keji yang amat tidak wajar.

DUPPk juga sedar akan kenyataan kenyataan pemimpin GHB seperti Dr Mujahid Rawa, Dr Dzulkefly Ahmad dan lain lain yang kononnya akan membina wadah baru Islamik yang progresif, matang dan terhadapan dengan masih disokong oleh Ulamak Luar Biasa. Namun, cakap cakap besar kosong yang angkuh yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Bagaimana mereka nak perjuangkan ISLAM, kalau syariat ISLAM tidak dilaksanakan. Mereka menyatakan tidak meletakkan agenda Hudud sebagai modal mereka sebaliknya menumpukan kepada Good Governance Policies. Soalnya, Bagaimana menguruskan Jenayah dan masalah Moral dengan ISLAM sedangkan ISLAM menjadikan Hudud dan Qisas sebagai wasilah Good Governance dalam ISLAM?

Itu antara kepelikan sikap dan pemikiran pemimpin pemimpin GHB hari ini. Namun yang jelas, mereka adalah pemimpin pemimpin kecewa yang tak mampu bekerja di bawah. Lihat sahaja perkembangan yang berlaku sehari dua ini. Mereka tak mampu berkerja membantu peringkat bawah, tapi semata mata propaganda politik gambar dengan baju oren Harapan baru.

Kepada Pengikut dan Pendokong PAS, usah terpedaya dan tertipu dengan Gerakan Harapan Baru ini. Mari kita semua Istiqamah dalam PAS dan meneruskan perjuangan kita untuk memartabatkan ISLAM sehingga berjaya.

 Ustaz Sidek Mohd Nor
 Ketua 
 Dewan Ulamak PAS Perak
 29 Syawal 1436
 13 Ogos 2015

9 Responses to "GHB,Cakap-cakap besar kosong yang angkuh-Ustaz Sidek Noor."

  1. Sidek noor masih bawah tempurung.........menang pilehanraya tak nak tapi bercita cita nak laksanakan hudud.......hoi sidek berpijak lah di bumi nyata lebai oi! Istiqomah perjuangan pas? Apa itu perjuangan Pas? gST? Good governance? Amanah?.........Pas tak de perjuangan pun......hari hari nak hukum org dgn ayat! Pirah!

    ReplyDelete
  2. Setiap kali keluar ayat dari mulut puak puak lebai ni...semuanya nak mengeji dan menista..daripada hadi sampailah kebawah...tapi tak ada perasaan malu mengsku ulamak....menghukum,mengugut,mengeji...itulah yang puak lebai ni zikirkan...tak pernah terlintas lansong untuk melunakkan keadaan...

    ReplyDelete
  3. Setiap kali keluar ayat dari mulut puak puak lebai ni...semuanya nak mengeji dan menista..daripada hadi sampailah kebawah...tapi tak ada perasaan malu mengsku ulamak....menghukum,mengugut,mengeji...itulah yang puak lebai ni zikirkan...tak pernah terlintas lansong untuk melunakkan keadaan...

    ReplyDelete
  4. Setiap kali keluar ayat dari mulut puak puak lebai ni...semuanya nak mengeji dan menista..daripada hadi sampailah kebawah...tapi tak ada perasaan malu mengsku ulamak....menghukum,mengugut,mengeji...itulah yang puak lebai ni zikirkan...tak pernah terlintas lansong untuk melunakkan keadaan...

    ReplyDelete
  5. Nak tanya sidek nor? Apa hukum menang pemilihan dengan cara cai yakni menipu?

    ReplyDelete
  6. Dulu Sidek Nor sekarang ni sidek dah takda Nor,sedik gelap takda cahaya,(nor)

    ReplyDelete
  7. Wahai Sidek Noor, kami tahu siapa anda dan tahap pendidikan agama yang diragui dan latar belakang famili yang diragui.

    ReplyDelete
  8. klau musuh tibai itu maknanya GHB betul...

    ReplyDelete
  9. ramainya penganut syiah dan aliran lim kit siang...kesian,tak sedar diri,maksud sideq nor,hampa dan pemimpin hampa takda teloq,duk hentam pas,tapi masih duk dalam pas,tak malu kaa....campak bagi makan buayalah teloq hampa semua ghb oiii,hampa pengikut ni pun sama takda teloq,aku cabaq hampa keluaq pas sebelum boss hampa yg kenyang duk makan duit dap pulau pinang ,mat sabu berapa banyak makan duit saham air pulau pinang jadi ahli pemegang saham,bila putus hubungan dgn dap,sekali dengan putyus duitlah oiiiii,itupun hampa tak boileh nak faham,aku bukan ulamak,aku tak suka hampa buat semak dalam pas...pi berambuihh....hampa kata kat ulamak suka maki hamun,tapi pemimpin hampa buat roadshow duk maki hamun ulamak,hampa pejam mata,sebijik perangai macam dap.....

    ReplyDelete