Terkini

Jatuhkan kerajaan Najib haram, gulingkan kerajaan PR di Perak , halal,

DAP Perak mahu Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan mengapa beliau tidak bersuara ketika Barisan Nasional (BN) melakukan rampasan kuasa di negeri itu 6 tahun lalu jika beliau tegas dengan pendirian adalah haram menjatuhkan kerajaan.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, pada ketika itu Mufti Perak tidak membantah rampasan kuasa itu dan menyokong tindakan Umno.

"Orang ramai dan orang Islam berhak mendapatkan penjelasan yang adil dan tidak berat sebelah," katanya pada sidang media di Ipoh hari ini.

Semalam, Harussani dilaporkan berkata, menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam, sebaliknya umat Islam wajib menasihati pemerintah yang zalim sebagai satu jihad terbesar.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung usaha pihak tertentu menggulingkan kerajaan.

"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun, tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," katanya. – 21 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-haram-jatuh-kerajaan-mengapa-sokong-rampasan-kuasa-perak-dap-soal-muf#sthash.ziPlA1Sb.dpuf


3 Responses to "Jatuhkan kerajaan Najib haram, gulingkan kerajaan PR di Perak , halal,"

  1. Plmak punya ajaran melayu ni...

    Ajaran islam ker aper?

    Diam seribu bahasa haji Najib...

    ReplyDelete
  2. Gempar! Telah muncul musang berjanggut di negeri yang kaya dengan Perak! Akhir zaman telah tiba apabila para agamawan menggunakan agama membela kemungkaran pemerintah sementara rakyat dihukum sebagai pengkhianat kerana menegakkan keadilan. Jika musang berjanggut sudah keluar maka sudah tiba masanya Malaysia diturunkan bala? nampaknya orang2 islam diMalaysia sudah tidak boleh mengharapkan "ulamak" untuk bergantung harap. Samada mufti2 ataupun kapten2 PAS semuanya sudah berubah menjadi tikus yang membaiki labu. Satu sen pun tidak bernilai bagi rakyat!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. pelik sikit tulisan ko ni. kalau mufti perak tak sebutpun, sepatutnya minda ko dh boleh jawab kenapa kerajaan pakatan perak jatuh ke tangan bn. sebabnya ialah..... kerusi dun bn atau mesra bn melebihi kerusi dun pakatan. cuba google balik berapa jumlah kerusi2 antara bn dan pakatan? jangan macam budak2 sangat kalau nak berkaryapun....

    ReplyDelete