Terkini

PAS minta bersatu hadapi isu"derma" RM2.6 bilion.


PAS menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu di tengah-tengah skandal bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

PAS telah secara rasmi memutuskan hubungan dengan DAP pada 11 Julai, dan secara rasmi juga menguburkan Pakatan Rakyat.

"Kini, masa yang paling penting semua parti pembangkang bersatu," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.

"Banyak formula baru boleh dicari," katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) berkata RM2.6 bilion yang dikatakan didepositkan ke dalam bank akaun peribadi Najib adalah sumbangan penderma dan bukan dari dana 1MDB.

Tuan Ibrahim berkata, selain skandal RM2.6 bilion itu, nilai ringgit terus lemah manakala penyiasat SPRM yang menyiasat skandal itu sendiri disiasat.

"Rakyat bosan dan meluat melihat ahli politik bercakaran. Apakah tidak ada formula baru bagi membina persefahaman?

"Mari ketepikan perbezaan dan bersamalah selamatkan negara," katanya.

Kenyataan Tuan Ibrahim dibuat di tengah-tengah rancangan untuk menubuhkan pakatan pembangkang baru selepas pemimpin progresif PAS diketepikan oleh kepimpinan konservatif baru parti itu.
(Sumber mk)

2 Responses to "PAS minta bersatu hadapi isu"derma" RM2.6 bilion."

  1. TMTI baru bangun dari tidur yang panjang iaitu sejak muktamar lepas,Kini otaknya baru segar dan dapat melihat disekelilingnay apa yng tealah berlaku,tetapi ramai lagi yang sedang mamai.

    ReplyDelete
  2. tuan berahim ni hati dia masih syg kt PAS lama dn rasa bersalah kt golongan progresif yg tersingkir

    tp nk jaga juga puak2 PASUG

    lebih baik buat pendirian.. nk bersama UG atau GHB

    kalau nk perjuang jalan yg betul... join GHB

    if not cepat2 je masuk umnu mendahului PASUG

    dlm perjuangan... mesti jelas pendirian.. pemimpin tk boleh berada atas pagar

    jika asyik cuba tunjuk baik, akhirnya tuan berahim akan disingkir oleh PASUG juga

    dia akan dituduh cuba memberi muka pada progresif.


    jgn merana diri sendiri akhirnya... ke sini tk jadi, ke sana malu2

    tu sebab dia kata nk nazar jika kalah... sesuatu yg pelik

    PAS dh tk boleh diperbaiki lagi... hanya menunggu majlis pengkebumian saja..... betul lah mat sabu kata lain kali kita baca talkin pula

    talkin utk PAS.. almarhum

    ReplyDelete