Terkini

PAS tidak lagi demokratik -GHB Selangor.

Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Selangor hari ini mengumumkan senarai kepimpinannya selepas melihat PAS kini tidak lagi demokratik dan meninggalkan ajaran Islam sebenar.

Penyelarasnya, Izham Hashim berkata sepanjang 31 tahun penglibatannya dalam PAS, parti Islam itu kini dilihat membawa perbezaan besar daripada segi pemikiran yang memaksa GHB membawa wadah perjuangan Islam baharu.

"Apa yang mereka (PAS) bawa pada kami tidak bertepatan dengan Islam yang sebenar, iaitu terbuka dan demokratik, tidak lagi ada dalam PAS.


"Kita berpandangan, tidak ada pilihan melainkan kita terpaksa mengambil jalan (parti) yang baharu.

"Kita sudah cuba banyak tahun, buat perubahan dalam PAS, tetapi nampaknya kita tidak boleh berbuat sesuatu lagi," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.

0 Response to "PAS tidak lagi demokratik -GHB Selangor."

Post a Comment