Parti Amanah Negara (Amanah) akan meneruskan pelancaran rasminya pada 16 September ini selepas selesai pertemuan bersama Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini, kata setiausaha agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir.
Anuar berkata, pertemuan yang berlangsung pada 8.30 pagi di pejabat RoS di Putrajaya berjalan lancar tanpa parti itu perlu mengemukakan nama baharu, sebaliknya, agensi kerajaan itu menerima dokumen pendaftaran nama, logo dan bendera parti.
"Pertemuan yang sangat mesra, kita pergi dengan tujuan meminta nasihat RoS yang dipertanggungjawabkan menguruskan pertubuhan dan kita sebagai pelanggan.
"Nama masih lagi nama sama, tiada masalah, nama masih kekal dan pada 16 September kita akan terus kemuka nama, logo dan bendera parti yang kita cadangkan kepada RoS," katanya kepada The Malaysian Insider.
Anuar berkata, pihaknya turut enggan memberikan tekanan kepada RoS.
"Saya sangat gembira dengan pertemuan tersebut," katanya.
Bagaimana pun, beliau berkata RoS tidak memberi tempoh masa urusan pendaftaran parti itu akan selesai.
Ada anjing menyalak dekat bangunan ros
ReplyDeleteDalam bangunan ada babi.... kata hadi
Amanat haddy boy!
Delete