Terkini

AMANAH:Ustaz Aiman Subri kalau berani kita berforum, usah guna masjid.

PEMUDA AMANAH PULAU PINANG KESAL DENGAN USTAZ AIMAN BIN SUBRI

Pemuda Amanah Pulau Pinang ambil maklum beberapa insiden Ustaz Aiman bin Subri telah secara terbuka menyebarkan maklumat yang tidak tepat kepada umum berkaitan Parti Amanah Negara.

Pemuda Amanah Pulau Pinang merasakan Ustaz Aiman bin Subri sepatutnya membawa pendekatan yang lebih adil kepada semua, meskipun berlainan fahaman politik. Ustaz Aiman bin Subri harus memastikan kesahihan maklumat yang beliau sampaikan terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan menjadi fitnah.

Seandainya Ustaz Aiman bin Subri masih mahu terus menerus membuat kenyataan-kenyataan berbentuk provokasi politik, Pemuda Amanah Pulau Pinang ingin menasihatkan agar Ustaz Aiman bin Subri turun ke medan politik secara sepenuhnya. Bercakap dan berhujahlah di pentas politik. Berhentilah menggunakan khutbah Jumaat dan kuliah agama yang mana mengambil tempat di dalam masjid untuk menyampaikan maklumat tidak benar kepada umum.

Atas faktor usia muda Ustaz Aiman bin Subri dan asal usulnya dari negeri Pulau Pinang, Pemuda Amanah Pulau Pinang merasa terpanggil untuk bertemu dan menjelaskan serta bertukar-tukar pendapat secara harmoni bersama Ustaz Aiman bin Subri.

MOHD SAIFULLAH BIN ABD NASIR 
Timbalan Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara
Negeri Pulau Pinang

Jumaat | 18 September 2015


15 Responses to "AMANAH:Ustaz Aiman Subri kalau berani kita berforum, usah guna masjid."

  1. Boleh ker mengaku AMANAH kalau terang2 mengaku langgar sumpah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadis drp Abu Hurairah R.A. Yang riwayatkan oleh Imam Muslim (sahih) "Barang siapa yang mengangkat sumpah dalam sesuatu perkara lalu ia melihat ada yang lain yang lebih baik dari sumpahnya itu maka ambillah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar kaffarah terhadap sumpah tersebut”.

      Delete
    2. Sebenarnya PAS yg tak amanah. Rakyat undi PAS agar rakyat dibela drp pemerintahan zalim BN. Sepatutnya PAS fokus dulu usaha menjatuhkn BN kerana ramai rakyat miskin yg terainaya dgn GST dan kenaikan harga barang sementera pemimpin negara terus-terusan boros

      Delete
  2. AMANAH lebih baik dari ulama PAS yg berperangai buruk & menakutkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko lupa satu delima... serta sanggup menggadaikn bini-bininya / rumahtangga demi politik.. kah..kah

      Delete
    2. itu la ulamak menjerat ahli sendiri dgn sumpah......

      Delete
    3. Menjerat atau tak...itu hak pas dan hak merrka utk tolak sumpah awal2...xder paksaan...tp dh sumpah baiah...terikatla...suruh rujuk mahkamah syariah xnak...janji dgn allah pun pusing2...

      Delete
    4. Hadis drp Abu Hurairah R.A. Yang riwayatkan oleh Imam Muslim (sahih) "Barang siapa yang mengangkat sumpah dalam sesuatu perkara lalu ia melihat ada yang lain yang lebih baik dari sumpahnya itu maka ambillah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar kaffarah terhadap sumpah tersebut”.

      Delete
  3. Jgn harap la ajak puak2 ni muzakarah atau debat.
    Teloq sembunyi dalam sarban..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teloq dalam serban? dah gagau ari tu.....dalam serban pun tak de? mungkin bersama penyu punyu kat marang parpu kepunden marang skeper kot!

      Delete
  4. Nape x de sorang pun jawab..

    "Boleh ker mengaku AMANAH kalau terang2 mengaku langgar sumpah?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadis drp Abu Hurairah R.A. Yang riwayatkan oleh Imam Muslim (sahih) "Barang siapa yang mengangkat sumpah dalam sesuatu perkara lalu ia melihat ada yang lain yang lebih baik dari sumpahnya itu maka ambillah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar kaffarah terhadap sumpah tersebut”.

      Delete
    2. Sebenarnya PAS yg tak amanah. Rakyat undi PAS agar rakyat dibela drp pemerintahan zalim BN. Sepatutnya PAS fokus dulu usaha menjatuhkn BN kerana ramai rakyat miskin yg terainaya dgn GST dan kenaikan harga barang sementera pemimpin negara terus-terusan boros

      Delete
  5. Ini bukan namanya AMANAH. Bahkan PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT.

    ReplyDelete
  6. kahkahkahkahakahahahahhahahha........................

    ReplyDelete