Terkini

Azira bukan AMANAH dia saman Haji Hadi , isu private bill, bukan hudud.

Adalah di maklumkan, Azira(Kes saman Hj Hadi 'Isu Private Bill') bukannya ahli Parti Amanah Negara(AMANAH) atau Peguam AMANAH. Beliau hadir di Majlis Perlancaran AMANAH 16 September 2015 sebagai NGO 'Demi Malaysia', Peguam dan Aktivis BERSIH 4.0.
Kesemua dakwaan yang sedang berlegar di Media sosial ketika ini adalah tidak tepat, fitnah dan tiada kena mengena dengan Parti Amanah Negara.


Saman yang dikemukakan adalah bukan soal hudud tetapi private bill yg berkaitan dengan hal-hal menyentuh hal-hal yg melibatkan penafsiran perlembagaan negara.

Yang bakal dibentangkan diparlimen melalui private bill bukanlah undang HUDUD tetapi perubahan /penambahan hukuman yg melibatkan rotan bagi mahkamah syariah.

p/s private bill yang dikemukakan oleh MP Marang ialah satu cadangan untuk meminda Akta355 @ akta mahkamah syariah 1965 yang tidak ada kaitan pun dengan enakmen kanun jenayah syariah ii kelantan (1993) 2015.

Pindaan yang dicadangkan hanyalah sekadar mengubah kadar hukuman yang boleh dikenakan daripada  denda RM5000, penjara 3 tahun dan sebatan 6 kali kepada mengikut hukum syarak, sedangkan bidangkuasa jenayah masih terhad seperti yang asal iaitu kesalahan -kedalahan berhubung kekeluargaan Islam sahaja.





2 Responses to "Azira bukan AMANAH dia saman Haji Hadi , isu private bill, bukan hudud."

  1. Amanah ataupun dap, kami tau anda geng munafik, lawan hukum allah dilaksanakan, jg bhn bakar api neraka nanti azira..taubatla segera.

    ReplyDelete
  2. sedap mulut ko cakap rambo 111. fahamkan dulu isu jangan cepat menghukum.

    ReplyDelete