Terkini

Berkokok lagi para bapak, Hidup Melayu!Hidup Melayu!

Berkokok lagi para bapak,
Hidup Melayu! Hidup Melayu!,
Bergema hingga ke bukit
Dengan tari silat dan keris sakti
Ya, melayu masih bernafas,
Tapi rizab melayu dikebas
Rumah kediaman dibeli orang,
Hidup Melayu!,tapi terkubur bank melayu,
Semacam laungan yang layu
Berbilion saham melayu lesap,
Bicara niaga buluh kasap
Melayu tertipu jua
Hidup Melayu,
Bangsaku seperti hilang arah
Tercabut akal budi
oleh setia yang terarah
Kerana akalmu masih terjajah
Bangsaku jangan tertipu
Oleh puaka yang "gila"
Gila kuasa,gila harta,gila pangkat
Diburu segenap ruang
Dengan cara ternoda
Rasuah,pecah amanah
Para penyangak ini
Yang merintis kebangsatan
Yang menggali lubang kehancuran
Yang menjemput musibah berulang
Tercalar maruah bangsa ini
Jangan menuding di luar jendela
Lihatlah dalam kamarmu
Ada pepijat,langau,lipas
Yang bersarang tanpa sedar
Hidup Melayu tak bermakna
Jika roh agama mati di jiwa

Pena bukit jenalik

2 Responses to "Berkokok lagi para bapak, Hidup Melayu!Hidup Melayu!"