Terkini

Gaya politik dan stail kepimpinan PAS bukan aset PR 2.0-Hanipa Maidin

Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan untuk memasukkan PAS dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata jurucakapnya Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa berkata langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan dan menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.

"Maka saya penuh yakin, mengambil kira realiti politik sekarang, keberadaan PAS dalam permuafakatan politik baru atau PR 2.0 (Pakatan Rakyat 2.0) bagi menggantikan PR tidak akan menguntungkan mana-mana parti dalam PR 2.0 itu nanti.

"Bagi saya dengan sikap, gaya politik dan stail saf kepimpinan PAS yang ada sekarang saya tidak rasa PAS adalah aset kepada PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata kemasukan PAS tidak dapat diterima DAP yang sememangnya diketahui berbeza pendapat dengan pemimpin parti Islam itu.

"Saya juga tidak nampak bagaimana DAP boleh menerima keberadaan PAS dalam PR 2.0 setelah apa yang DAP rasai dalam PR dulu," katanya.

Hanipa mengakui kekuatan PAS yang memiliki sokongan orang Melayu perlu diambil kira, tetapi gabungan baharu juga perlu memikirkan kesan daripada para pengundi bukan Melayu yang tidak menyokong PAS kerana sikap mereka dalam PR sebelum ini.

"Apa yang lebih membimbangkan kerusi DAP dan PKR juga akan menerima kesan besar melalui hukuman yang pengundi bukan Melayu kenakan kerana melibatkan PAS dalam PR 2.0," katanya.

Hanipa berkata, mengambil kira faktor tersebut, gabungan pembangkang baharu tidak perlu melibatkan PAS dan membiarkan mereka berdiri secara solo dalam pilihan raya depan.

"Saya menyimpulkan PR atau PR 2.0 hanya mampan jika PAS tidak dilibatkan sebaliknya ia hanya meliputi PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat saja.

"Biarlah PAS dengan politik solonya dan tidak diganggu untuk membawa agendanya secara solo," katanya. – 2 September, 2015.

SUMBER MI.


7 Responses to "Gaya politik dan stail kepimpinan PAS bukan aset PR 2.0-Hanipa Maidin"

  1. Saya pun setuju dgn tuan lawyer ni.. sebabnya dah lama dah sebenarnya aku perhatikan tindak tanduk PAS ni.. sampai sekarang pun masih tak nak tunduk pd kemahuan LKS/LGE mcm PAN.. sbb tu tak sesuai utk PR 2.0.. Sekian..

    ReplyDelete
  2. Tapi pas tunduk kpd umnu

    Hadi Ping kata bagi lah Najib peluang

    Harun jin kata mustahil 2.6b masuk akaun Najib

    Pas dinperkudakan umnu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hanya andaian.. jika PAS membuktikan tidak tunduk pd UMNU dgn melawan UMNU di Rompin.. apa agaknya bukti GHB tidak tunduk pd DAP?. mesti tak de kan..? Sdgkan DSAI dah sebut akan ajak PAS utk PR 2, GHB tetap menolak kerana bimbang GHB akan dilihat tidak tunduk pd DAP.. simpati utk GHB..

      Delete
    2. Pas mane per pun jadi kuda. Duduk Pakatan jadi kuda DAP, keluar pakatan jadi kuda UMNO..tukarlah kepada Parti Kuda Tua.

      Delete
    3. Tuan abdul razak.. sy sdg menunggu bukti ghb x tunduk pd dap.. mana.. mana..?

      Delete
  3. Diminta hanipa letak jwtn segera, jgn hanya ckp kosong..mkn duit elaun tu haram lepas anda sertai parti lain..anda dan yg lain dilihat sbg pengkhianat dlm mana perjuangan pas utk laksanakan hudud di klate..berjaya@ gagal pd ms sekarang bkn ukurannya tapi yg pentingnya bersatu ke arah pelaksanaannya..
    Anda lebih utamakn dap dari presiden sendiri, pakatan rakyat dari parti sendiri..sapot ulamak, tolak pan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanya mat sabu dan hanipa pun mereka tak boleh nak bagi bukti GHB x tunduk pd DAP..

      Delete