Terkini

Mahkamah yang boleh tentukan YB itu cerai talak 3, isterinya.

 Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati wakil rakyat PAS negeri itu yang menyertai Parti Pekerja merujuk status perkahwinan di mahkamah syariah.

Datuk Shukri dilapor berkata, mahkamah syariah merupakan institusi paling tepat untuk merujuk perkara berkaitan kemusykilan status perkahwinan seumpama itu.

"Lebih baik mereka merujuk mahkamah syariah secepat mungkin. Di mahkamah, hakim akan meneliti perkara ini secara mendalam, dia boleh tengok dan siasat kandungan baiah sebenar serta ambil kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan," katanya.

Katanya, lafaz baiah wakil rakyat PAS itu bersifat subjektif, menyebabkan ramai ilmuwan agama membuat kenyataan berlainan sehingga mengundang persepsi negatif masyarakat.

"Bagi satu kes, ada banyak kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak menyebabkan rakyat nampak perkara ini bercanggah antara satu sama lain.

"Sebenarnya adalah lebih baik kita kumpul pandangan berkaitan perkara ini secara berkumpulan dalam satu muzakarah," katanya




0 Response to "Mahkamah yang boleh tentukan YB itu cerai talak 3, isterinya."

Post a Comment