Terkini

Kalah bola 10-0 , Khairy akan panggil FAM, derma RM 2.6 billion,Khairy diam.

KHAIRY Jamaluddin akan panggil FAM dalam masa terdekat untuk mengemukakan laporan berkenaan prestasi pasukan kebangsaan mutakhir ini. Sudah pasti kekalahan 10-0 terhadap UAE merupakan keputusan yang paling memalukan negara.

Peletakan jawatan Dollah Salleh adalah langkah yang tepat. Beliau tiada pilihan selepas pasukannya dibelasah dengan begitu teruk sekali.

Namun, peletakan jawatan Dollah tidak mencukupi. Beliau hanya simptom kepada penyakit sebenar yang merosakkan bola sepak negara.

Di bawah Akta Pembangunan Sukan, kuasa diberi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk menggantung mana-mana persatuan sukan. Namun ini adalah jalan terakhir sekiranya tiada jalan lain.

Kalau persatuan sukan digantung oleh kerajaan, ia juga boleh mengundang implikasi di peringkat antarabangsa. Apabila Persatuan Sepakbola Seluruh Indonsia (PSSI) digantung oleh kerajaan Indonesia, FIFA tidak membernarkan pasukan kebangsaan Indonesia mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Apakah kita sedia menerima nasib yang sama sekiranya FAM digantung?

Ini antara perkara yang perlu Khairy Jamaluddin fikirkan apabila berjumpa dengan FAM nanti.
(SUMBER FB KJ)

0 Response to "Kalah bola 10-0 , Khairy akan panggil FAM, derma RM 2.6 billion,Khairy diam."

Post a Comment