Terkini

PAS "boleh terima" tindakan wakil rakyat yang lompat ke parti yang mesra PAS

SHAH ALAM: Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu kini tidak lagi akan menentang pemimpinnya yang lompat parti selagi parti itu mempunyai jalinan kerjasama dengan PAS. 



Justeru, beliau berkata PAS akur dengan  tindakan Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PKR kerana mereka masih berada di 'padang' politik yang sama.



"Saya rasa (mereka) kini bermain atas padang yang sama sekarang, Kalau dulu kita mungkin agak keberatan ambil wakil rakyat yang lain, suasana sudah berubah, wakil rakyat PAS boleh pergi ke parti-parti lain yang punyai hubungan dengan PAS, " kata beliau. 



Kamaruddin adalah Ahli Parlimen Tumpat yang menyertai PAS pada tahun 2008 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim di pecat daripada Umno dan kerajaan.  Muhammad adalah mantan Menteri Besar Selangor yang menyertai PAS sebelum pilihan raya umum ke 13. 



Kedua-dua mereka lompat daripada PAS secara rasmi semalam untuk menyertai PKR di bawah pimpinan Anwar, walaupun sebelum ini dijangka menyertai Parti Amanah Negara. 



Amanah  diterajui oleh bekas pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 



Meskpun sudah memutuskan hubungan dengan DAP,  PAS terus menjalin hubungan dengan PKR menerusi kerajaan negeri Selangor pimpinan Mohamad Azmin Ali manakala PKR juga memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan PAS di Kelantan. 



Azmin, selaku Timbalan Presiden PKR, juga menegaskan keperluan DAP menerima PAS dalam pembentukan sebarang gagasan pembangkang baru bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14. 



Takiyuddin berkata  beliau bersetuju dengan Naib Presiden PAS Iskandar Samad bahawa lebih baik bekas ahli PAS menyertai PKR dan bukan Amanah,  namun tetap  "bersedih" kerana  wakil rakyat PAS semakin berkurangan. 



"Saya boleh bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden tapi apapun, parti mana pun mereka sertai, pokoknya mereka keluar daripada PAS. Ini satu peristiwa yang kita tidak suka tapi kena terima kenyataan. Boleh jadi betul apa yang dikatakan itu,  sebab PKR masih ada hubungan dengan kita," kata Takiyuddin. 



"Tapi mereka memang keluar daripada PAS (maka) bilangan ahli Parlimen PAS di Parlimen berkurangan," kata beliau. 



Setakat ini 13 Ahli Parlimen dan ADUN PAS menzahirkan hasrat keluar daripada PAS setelah hilang keyakinan terhadap presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 



Hanya Kamaruddin dan Muhammad menyertai PKR manakala selebihnya akan menerajui Amanah yang akan dilancarkan pada 16 September depan.  



Bagaimanapun Pendaftar Pertubuhan masih belum memberi keluluasan untuk parti itu didaftarkan. 



Takiyuddin berkata PAS berharap dengan perkembangan baru yang sedang berlaku, pihak berkenaan akan tu akur dengan hak PAS untuk menerima mana-mana pemimpin daripada parti lain. 



"Maka saya rasa untuk berlaku adil kepada PAS, kami boleh menerima menerima mana-mana wakil parti (lain)  untuk sertai PAS", kata beliau. 
Sumber ANTARAPOS

3 Responses to "PAS "boleh terima" tindakan wakil rakyat yang lompat ke parti yang mesra PAS"

  1. Datuk Takiyuddin Hassan, jangan kamu memperbodohkan rakyat. mana isu baiah Datuk Kamaruddin Jaafar. Baiah beliau tidak sama ke dengan baiah Dr Hatta. Memalukan....ini menunjukkan sifat dendam yg ada pemimpin PAS yang sebenarnya ingin menutup kesalahan yg telah mereka lakukan

    ReplyDelete
  2. Pemimpin pas semakin celaru
    jiwa kacau

    ReplyDelete
  3. Baiah dah backfire!
    Mula2 Hudud.....sapa xsetuju munafik, lepas tu baiah dan talak bini. Lepas ni tah apa2an.......Selagi geng UG ada dalam Pas, sorry bah!

    ReplyDelete