Terkini

Speaker Pandikar Amin belum terima usul Rang Undang-undang Hudud

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berkata beliau belum menerima sebarang usul mengenai rang undang-undang (RUU) hudud untuk dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada RUU itu akan dibawa pada sidang akan datang yang akan bermula bulan depan.

"Saya tidak menerima sebarang usul mengenai perkara itu kerana sesi Parlimen akan datang pada Oktober.

"Lama lagi dari sekarang," katanya kepada pemberita ketika di Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA) ke-36 di Kuala Lumpur hari ini. – 7 September, 2015

- sumber MI.


0 Response to "Speaker Pandikar Amin belum terima usul Rang Undang-undang Hudud "

Post a Comment