Terkini

Terimalah Parti Amanah Negara , memenuhi impian rakyat.

BismillahirRahmanirRahim

PELANCARAN PARTI AMANAH NEGARA (Parti Pekerja Malaysia)

Semoga Majlis Pelancaran Parti AMANAH NEGARA esok 16 September 2015 berjalan lancar,

Demi menyelamatkan sebuah Malaysia.

Di satu pihak, ada yang mengekalkan budaya rasuah, pecah amanah, tidak telus, penuh rahsia, "dikuasai" oleh seorang pemimpin yang tidak memimpin secara kolektif dan beramal dengan sistem sekular yang diwarisi.

Walhal, perlembagaan Malaysia tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular.

Di satu pihak lain pula, ada yang barangkali sengaja atau tidak sengaja, menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan Islam "potong tangan", tiada perundingan, Islam yang tidak pandai bergaul dan budaya memaksa orang lain.

Di satu pihak lain, kedengaran seruan kepada perkauman dan melukakan bangsa lain mengatasi seruan kepada Islam.

Maka terimalah Parti AMANAH NEGARA yang akan mengisi satu impian rakyat Malaysia; bernaung di bawah keindahan ISLAM.

USTAZ HAJI HASANUDDIN MOHD YUNUS

Naib Presiden Parti AMANAH NEGARA

15.09.2015
1 Zulhijjah 1436


8 Responses to "Terimalah Parti Amanah Negara , memenuhi impian rakyat."

  1. Sori bohh..wpn ambe pembangkang, tp ambe kekal bersama pas utk dunia kerana akhirat.

    ReplyDelete
  2. In the first place boleh ke org2 yg sewenang2nya melanggar sumpah dan janji dipanggil AMANAH?.. Kalau ada jawapan sesuai baru aku fikirkan nak join ke idak TAK AMANAH ni ehhhh AMANAH ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langgar sumpah opah ko, hj hadi yg halau. Ko dh lupa?

      Delete
    2. tu helah utk menghalakan cara saja taklik tak ada alasan satu lagi nak tanya siapa ulamat ada badan rujukan ulamat jangan jadi ayah pin dahlah

      Delete
    3. BM yg aku belajar.. halau dgn tewas beza byk dr segi makna..

      Delete
  3. Amanah guna al-quran, Islam yg dibawanya cukup indah. PAS guna kitab iran, ISLAM yg dibawanya amat menakutkan dan penuh dgn cacian. Lihat saj komen ahli PS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab iran ni better kau tny presiden amanah yg mengetuai parti yg ada org2 langgar sumpah tapi mahu dipanggil amanah..

      Delete
    2. Amanah ke x yg ko sibuk knp..tggu je la 2 thn lg nti mcm kata Dewataraya ko TGHH tu..hancur la Amanah tu..kan..
      Ke ko dh x walak lg ngn Dewataraya ko tu..
      Hahahahaha..

      Delete