Terkini

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS buat fitnah, Lim Guan Eng yang kena.

SEREMBAN - ­ DAP menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menarik balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli Pas, adalah fitnah semata­mata.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sebaliknya berkata, pemimpin terbabit membuat tohmahan sedemikian hanya disebabkan DAP yang dahulunya rakan seperjuangan dalam politik, kini sudah tidak sehaluan dengan parti berkenaan.

"Dulu kita punya kawan, tapi sekarang sudah jadi lawan. Jadi, mereka buat tuduhan dan fitnah yang kita telah hentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat di Pulau Pinang.

"Itu tidak betul. Kita beri wang (bantuan), malah tidak pernah pun kurangkan (jumlahnya)," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke­17 di Dewan City Kingdom Hotel, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri turut menaikkan jumlah pemberian bantuan daripada RM1.5 juta kepada RM1.75 juta, tahun ini.

"Tidak pernah kurang walau satu kupang (10 sen) pun. Dalam hal ini, kita perlu terangkan apa yang sebenarnya berlaku.

"Saya sendiri jadi sasaran sekarang, kononnya makan daging anjing. Kalau orang tanya (selepas ini), kena jawab. Ini semua biasalah, fitnah belaka," katanya.

Sementara itu, Anthony dalam ucapannya pula memberitahu, pelancaran Pakatan Harapan peringkat Negeri Sembilan bakal diadakan pada penghujung bulan ini.

"Tugas DAP bukan saja mempertahankan semua kerusi dimenangi pada PRU13, tapi juga memikul tanggungjawab membantu PKR dan Amanah untuk menewaskan Umno di negeri ini.

"Kami ingin menegaskan, DAP tidak pernah sesekali memusuhi atau hendak menentang orang Melayu. Sebaliknya, kami hanya melawan Umno," katanya

7 Responses to "Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS buat fitnah, Lim Guan Eng yang kena."

  1. bila 'hadi masuk gereja' buat tohmah, jadi sunnah pulak diikut oleh walaun2 dia...

    dosa fitnah utk amat besar. membunuh kemanusiaan bukan perkara yg kecil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MASA KHALIS SAMAD KUNJUNGI GEREJA DIGELAR KHALIS GEREJA TAK ADA PULAK GENG MENANG KERANA CAI BANTU KHALIS. INI KENA KAT HADI GOLONGAN HARAM JADAH NI PERTAHAN GILA

      Delete
  2. SETELAH BOS BESAR DISIYTIHARKAN MAKHAMAH FITNAH. ANAK BAH DA JADIKAN FITNAH PAKAIAN HARIAN

    ReplyDelete
  3. Jawapan 'selamat'.. tak dinafikan bantuan x berkurang walau sekupang.. bagaimanapun penjelasan yg diminta PAS ialah kenapa bantuan kpd sekolah yg dikendalikan oleh individu PAS dihentikan yg terang2 menunjukkan bila x lagi sehaluan terus ditarik balik bantuan.. persoalan yg ini masih tidak terjawab.. kerana ini menyamai sikap UMNO yg menganaktirikan parti lawan. PAS bkn mintak bantuan diberi kembali tapi PENJELASAN utk di atas.. as simple as that pun x leh jwb ko.. kantoi lah tu.. bab anaktirikan rakyat DAP sama ngan UMNO.. bab kurang yakin dgn hudud PAN sama ngan UMNO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab fitnah orang dan gelar irang PAS sama dengan UMNO...hehehe...Dulu khalis samad gereja dan sekarang Haji Hadi Gereja...huhuhu dunia ini berputar..

      Delete
    2. kata dap anti islam wan dok kerenyah minta kat dap buat apa. mohon la kat pusat. hari ini cik rohani tolong saya lain masa saya pulak tolong cik rohani, he he he..

      Delete
    3. Dah mamat tu tak mohon, mana nak dapat. Lepas tu ulamak mai dok spin.. Aparaa

      Delete