Terkini

Berkecuali, Ustaz Idris Ahmad betul-betul wakil rakyat PAS.

Bajet Najib.., wakil rakyat Bukit Gantang boleh berkecuali.YB Ustaz Idris Ahmad boleh berkecuali. Ini betul-betul jadi wakil rakyat untuk orang PAS, bukan wakil rakyat untuk rakyat.


Sementara itu tiga ahli parlimen PAS melanggar arahan parti Islam itu dengan mengundi menolak Bajet 2016.

Mereka adadalah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Mazian Nik Mohamad dan Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah.

Ketiga-tiga mereka tidak mematuhi keputusan PAS untuk berkecuali semasa pengundian bacaan pertama itu diadadakan di Dewan Rakyat, lewat petang tadi.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Mahfuz mempertahankan keputusannya.

"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tak nak bajet yang membebankan rakyat.

“Rakan-rakan lain mereka tidak mengundi menyokong bajet, jadi sama (dengan pendirian) parti berkecuali.

Ditanya sama ada beliau risau jika dikenakan tindakan kerana melanggar arahan, Mahfuz menafikannya.

“Saya tak risau pasal saya tak berbeza dengan keputusan (pucuk pimpinan parti).

“Bagi saya bajet ini, sangat tidak memberi kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat dan rakyat negara kita. (Jadi) saya undi untuk rakyat,” kata Mahfuz.


9 Responses to "Berkecuali, Ustaz Idris Ahmad betul-betul wakil rakyat PAS."

  1. makannya PAS redho tengok Bajet Najib menyusahkan rakyat.....soal sekarang Allah redho ke dgn langkah PAS itu....kalau Hadi atau PAS nak mencadangkan nasihat ttg Bajet kenapa tidak bulan ogos atau september dulu....

    ReplyDelete
  2. kecelaruan politik hadi membuatkan AP pas kebengongan

    ReplyDelete
  3. apabila nak berUG mana boleh bantah, takgitu

    ReplyDelete
  4. Beginilah pemimpin yg kita mahu.. tidak terikut2 rentak dap..

    ReplyDelete
  5. Beginilah pemimpin yg kita mahu.. tidak terikut2 rentak dap..

    ReplyDelete
  6. kesian Wan Rosli...UMNO berjaya mematikan hatinya sehingga benda buruk nampak baik..hihihihi

    ReplyDelete
  7. Aku pun nak berkecuali jugak pru nanti

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Lepas ni dimana2 sahaja kawasan pas bertanding PRU, rakyat pun boleh berkecuali dari undi pas. Kasihan pada rakyat yg mengundi MP pas ini, harapan untuk membela mereka tapi hampeh. PRU akan datang jangan harap la rakyat nak undi hampa lagi.

    ReplyDelete