Terkini

Prestasi kewangan Kuin tidak memuaskan, lapor audit.



Prestasi kewangan Kuin tidak memuaskan, lapor audit


Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendedahkan prestasi kewangan Kolej Universti Insaniah Sdn Bhd bagi tahun 2012 hingga 2014 tidak memuaskan berdasarkan analisis trend dan nisbah kewangan yang dijalankan.

Menurut laporan itu, bagi 2012 dan 2013 syarikat mencatatkan kerugian selepas cukai  berjumlah RM1.3 juta (2012) dan RM8.85 juta (2013), bagaimanapun pada 2014, syarikat mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM1.06 juta.

"Keuntungan pada 2014 bukan diperoleh daripada keuntungan operasi tetapi merupakan keuntungan daripada pelbagai pendapatan lain sejumlah RM3.32 juta," menurut laporan itu.

Laporan berkenaan menyatakan kedudukan kerugian terkumpul bagi tempoh 3 tahun iaitu berjumlah RM4.13 juta (2012), RM12.98 juta (2013)

dan RM11.58 juta (2014).

Dalam pada itu, semakan audit terhadap Laporan Baki Hutang Pelajar yang dijana Sistem Insaniah Campus Management System (ICMS) sehingga 31 Disember 2013 mendapati sejumlah RM7.25 juta tunggakan yuran pelajar.

Penyumbang tertinggi kepada tunggakan itu adalah pelajar Diploma yang tamat belajar berjumlah RM1.55 juta manakala ke-2 tertinggi ialah pelajar gagal dan berhenti (RM1.3 juta).

Sementara itu, Kuin dalam maklum balas bertarikh 22 Jun 2015 memaklumkan bagi pelajar yang menamatkan pengajian, tindakan akan diambil melalui panel peguam Kuin bagi menuntut semula hutang yang tidak dijelaskan.

Baki yuran tertunggak sehingga 23 Ogos 2015 berjumlah RM13.36 juta, menurut laporan itu.

Audit turut berpendapat pembukaan Kampus Sementara Stargate dan perbelanjaan pengubahsuaian berjumlah RM6.72 juta serta kos pembersihan bangunan kepada keadaan asal berjumlah RM0.81 juta merugikan Kuin.

Ini kerana bangunan tersebut hanya digunakan untuk 2 tahun sahaja sebelum berpindah ke kampus sendiri di Kuala Ketil.

Semakan audit turut mendapati pendahuluan dan pinjaman kepada 6 syarikat subsidiari berjumlah RM34.14 juta dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah Kuin Sdn Bhd.

"Pinjaman tersebut diberi berterusan di antara 2009 hinga 2013 untuk pembayaran gaji bayaran utiliti, bayaran sewa walaupun Kuin menyedari syarikat subsidiari tidak berkemampuan untuk membayar balik pinjaman," menurut laporan itu.

Kuin dalam maklum balas pada 22 Jun 2015 memaklumkan menghentikan pemberian pendahuluan dan pinjaman kepada syarikat subsidiari mulai Mei 2013 dan berjaya menjimatkan dana sejumlah RM7.19 juta pada 2013 dan RM14.67 juta pada 2014. – Bernama, 23 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/prestasi-kewangan-kuin-tidak-memuaskan-lapor-audit#sthash.dcfR0yYF.dpuf


0 Response to "Prestasi kewangan Kuin tidak memuaskan, lapor audit."

Post a Comment