Terkini

Sultan Perak seru Umat Islam amalkan kesederhanaan.

23 November, 2015. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menyeru umat Islam untuk mengamalkan semula kesederhanaan yang semakin hilang dalam kalangan umat Islam hari ini.

Sultan Perak itu berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku "The Middle Path of Moderation in Islam" tulisan Professor Dr Mohammad Hashim Kamali di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) di Petaling Jaya hari ini.

Baginda dalam ucapannya turut memuji tulisan Kamali yang menjelaskan kepada pembacanya berhubung penekanan dalam mengamalkan kesederhanaan dalam Islam.

"Dengan berbuat demikian, beliau menunjukkan keseimbangan yang penting terhadap perasaan takut yang dirasai bukan Islam, difahami, tentang Islam hari ini - krisis moral, sebahagiannya dicetuskan disebabkan penyalahgunaan kepercayaan kita sebilangan kecil umat Islam seperti Isis yang mengorbankan orang awam yang tidak berdosa atas nama jihad minggu lalu seperti di Paris dan Mali.

"Mereka sudah sesat jauh dan hari ini tersasar jauh daripada kesederhanaan," katanya.

Baginda juga memetik antara isi kandungan dalam buku Kamali yang menyelitkan petikan kata daripada Shaykh Fartur untuk memahami kepercayaan dalam kalangan umat Islam terutamanya dalam pemahaman kepercayaan di antara pengikut Sunni Syiah.

"Ironinya kedua pihak ini berterusan menekankan kepentingan perpaduan, dan sebab itulah Prof Kamali berusaha memahami kedua fahaman tersebut. Hasil cariannya adalah menarik,"katanya.

Katanya, ini kerana Kamali menunjukkan penafsiran Islam antara cendiakawan Syiah dengan cendiakawan Sunni adalah selaras.

Baginda mengakhiri ucapannya dengan ayat al-Quran yang membawa maksud fahaman kesederhanaan terutamanya nilai moral dan relevan bukan sahaja bergantung pada keperibadian individu itu tetapi juga integriti dan imej masyarakat Islam sendiri dalam kalangan masyarakat di dunia ini. – 23 November, 2015

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sultan-perak-seru-umat-islam-amalkan-kesederhanaan#sthash.IVnGtcw1.dpuf


0 Response to "Sultan Perak seru Umat Islam amalkan kesederhanaan."

Post a Comment