Terkini

Chai, gerak saraf UMNO yang berjaya.

Chai, gerak saraf UMNO yang berjaya.
Tahniah kepada UMNO kerana gendang yang dipalu secara berterusan dan terancang, memulia  dan mengangkat ulamak dalam media membuahkan kejayaan.

Tiada yang lebih mengembirakan UMNO dengan kemenangan  pro ulama dalam saf pemuda , muslimat dan pusat.

UMNO  dengan jentera propaganda  mencanangkan PAS sejak berkawan dengan DAP tidak  lagi kedengaran  suara dalam PAS memperjuang hukum hudud.Hubungan intim PAS-DAP sebagai peluru menghentam PAS kononnya kuda tunggangan DAP.

Jelas gerak saraf UMNO kelihatan berjaya dengan pelbagai taktik  melumpuhkan Pajatan Rakyat.

Dewan ulamak dijadikan kawan, Chai dibawa oleh Dewan Ulamak dijadikan indikator untuk memilih pimpinan.Orang Melayu Islam, institusi Islam dekat dengan mereka.

CHAI punya pasal Ustaz Abd Ghani Samsudin pun kalah.

CHAI punya pasal Ustaz Abd Ghani Samsudin pun kalah.
Ustaz Abdul Ghani Samsudin pun boleh kalah. Beliau hanya dapat  297 undi. Ustaz Nor Azli sebab ada senarai dalam list CHAI mendapat tempat  ke 18, dengan undi 544.

Seorang lagi, penulis tak pernah dengar namanya Ali Akhbar Ghulasan, memperoleh undi 596.

Hampir 80 peratus perwakilan  memilih berdasarkan senarai yang telah didapati.Purata undi  yang didapati oleh calon seperti DS Nizar, Hanipa , Khalid Samad, Dr Mujahid dan lain-lain hampir sama.

Dewan Ulamak buat usul putus dengan DAP , tak buat kajian.

Dewan Ulamak buat usul putus dengan DAP , tak buat kajian.
Dewan Ulamak buat usul putus hubungan dengan DAP tak  buat kajian. Bentang usul oleh Ustaz Mokhtar Senik, disokong oleh Ustaz Azli Musa. Kemudian perwakilan setuju.Siapa setuju bangun.

Sepatutnya buat kajian dulu, nyatakan hujah, kenapa perlu putus hubungan dengan DAP. Berbahas, muktamadkan keputusan. 

USUL KEMBALI kepada Majlis Syura yang didalamnya terdapat tujuh anggotanya AJK PAS Pusat.Kembali juga kepada PAS pusat, di dalamnya ada anggota majlis syura.


Muktamar terima usul putus hubungan dengan DAP.

Muktamar terima usul putus hubungan dengan DAP.
MUKTAMAR PAS menerima usul Dewan Ulama PAS supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul yang diputuskan dalam muktamar Dewan tersebut diterima tanpa bahas seperti mana yang diedarkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menjelaskan walaupun usul tersebut diterima tanpa bahas, terpulang kepada jawatankuasa pusat PAS untuk melaksanakannya.

Hampir keseluruhan jawatankuasa Pusat PAS yang baru dipilih dikuasai kumpulan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

"Ia (usul itu) tak bahaslah. Maknanya, jawatankuasa usul diterima tanpa bahas (tetapi) perlaksanaan terpulang kepada jawatankuasalah. Jawatankuasa akan tentukan macam mana nak buat," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Alasan dinyatakan antaranya susulan tindakan DAP yang didakwa tidak menghormati prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Selain itu, DAP juga telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kekal dengan PAS, yang dianggap satu sikap menghina presiden.

Mereka juga memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PAS Sabah dan Sarawak dan didakwa tidak menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS.
(Sumber MK)


Ada" boo" , hentam DAP.

Ada" boo" , hentam DAP.
Apa yang nampak Muktamar PAS pada kali ada "boo" dan hentam DAP.Tak nampak menyuarai isu rakyat.

Tidak kedengaran hentam UMNO yang memang tolak hukum hudud.Tidak kedengaran  juga menghentam DS Najib.

Ketua Whip Parlimen bagi sama YB Nik Abduh.

Ketua Whip Parlimen bagi sama YB Nik Abduh.
Ketua Whip PAS di Parlimen elok diberi kepada YB Ustaz Nik Abduh, menggantikan Yb Datuk Mahfuz Omar.YB Ustaz Idris Ahmad tidak sesuai kerana  beliau jaga Tarbiyyah.

Paling kanan dalam parti di Parlimen  hanya mereka berdua.Dengan kehendak  perwakilan pemuda yang mahu Ahli Parlimen menimpin mereka. Ketua Whip parlimen wakil  PAS elok diberi kepada Ketua Dewan Pemuda PAS, Yb Nik Abduh.

Beliau boleh berdepan dengan Khairy Jamaludin . Beliau boleh berhujah dua hala.

Nizar tewas, Haji Razman dapat 674 undi.

Nizar tewas, Haji Razman dapat 674 undi.
‪#‎Terkini‬ Bagi jawatan naib presiden, tiga muka baru dipilih menggantikan penyandang sebelum ini.

MP Bukit Gantang Idris Ahmad mendapat 869 undi, Timbalan Menteri Besar Kelantan Nik Amar Abdullah 710 undi dan Exco Selangor Datuk Iskandar Samad 672 undi.

Manakala 18 ahli jawatankuasa PAS yang dipilih ialah:

Nasrudin Hasan 782
Ridhuan Mohd Noor 782
Datuk Nasrudin Daud 777
Solehin Mukhyi 763
Datuk Nik Zawawi Salleh 749
Datuk Khairuddin Aman Razali 736
Datuk Fadhli Hasan 722
Datuk Abdullah Husin 679
Razman Zakaria 674
Mohd Zuhdi Marzuki 670
Mokhtar Senik 656
Zaharuddin Mohamad 611
Ali Akbar Gulasan596
Mazlan Aliman 593
Dr Rosni Adam 590
Mohd Noor Mohamad 566
Muhamad Sanusi Md Nor 556
Nor Azli Musa 544


Haji Razman dan Ustaz Azli Musa menang AJK PAS Malaysia.

Haji Razman dan Ustaz Azli Musa  menang AJK PAS Malaysia.
KEPUTUSAN RASMI
SENARAI PENUH JAWATANKUASA PAS MALAYSIA
2015-2017

Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden PAS
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib-Naib Presiden 
YB Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
YB Dato' Haji Mohd Amar Haji Abdullah
YB Iskandar Abdul Samad

AJK

Yb. Nasrudin bin Hassan
Dr Riduan bin Mohd Nor
Yb. Dato' Nasaruddin bin Mohd Daud
Yb. Sallehin bin Mukhyi
Dato' Dr. Nik Zawawi bin Salleh
Yb Dato' Dr Mohd Khairudin Aman Razali At Takiri
Yb. Dato' Dr. Fadhli bin Hassan
Yb. Ustaz Abdullah bin Husin
Hj Razman Bin Zakaria
Dr. Zuhdi bin Marzuki
Ustaz Mokhtar bin Senik
Ustaz Zaharudin bin Mohamad
Dr Ali Akbar Gulasan
Mazlan Aliman
Dr. Rosni binti Adam
Hj Mohd Noor bin Mohamad
Mohamad Sanusi bin Md Nor
Ustaz Norazli bin Musa


YB Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden dapat 869 undi.

YB Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden  dapat 869 undi.
Dua Naib Presiden sesi lalu, Haji Salehudin Ayob, Datuk Husam Musa gagal pertahan jawatan.

Perwakilan telah memilih Ustaz Idris Ahmad 869, Datuk Iskandar  672 dan Ustaz Nik Amar 710 undi.

Hj Salehuddin Ayob mendapat undi 320, Datuk Mahfuz, 285. Sementara Datuk Husam  267.

Haji Mohamad Sabu dapat 278 undi, tewas Timbalan Presiden.

Haji Mohamad Sabu dapat 278 undi, tewas Timbalan Presiden.
Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS sesi 2015-2017.Beliau mendapat 881 undi .

Tuan Haji Mohamad Sabu 278 undi.

Tok Guru Haji Hadi dapat 928 undi , kekal Presiden PAS.

Tok Guru Haji Hadi dapat 928 undi , kekal Presiden PAS.
Keputusan untuk jawatan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan  dengan 928 undi. Sementara Ustaz Ahmad Awang  mendaoat 233undi.

Budaya "chai"tidak betul , kata YDP Bagan Serai, Hj Ramli Tusin.

Budaya "chai"tidak betul , kata YDP Bagan Serai, Hj Ramli Tusin.

Perwakilan Bagan Serai Ustaz Haji Ramli Tusin turut berpendapat budaya 'chai' tidak betul.

"Bagi saya, saya tak semak, saya undi sendiri," jelasnya apabila ditanya.

Katanya, budaya ini sedikit sebanyak mempengaruhi trend pemilihan perwakilan tetapi tidak terlalu serius.

"Ini kali pertama berlaku, lain kali janganlah, kita perlu ubah suai.

"Jangan sampai kompleks macam ini," kata Ustaz Haji Ramli yang juga yang dipertua PAS Bagan Serai.

Terdapat juga sesetengah perwakilan enggan memberi komen kepada isu 'chai' apabila diminta mengulas.Sumber TMI.

Hanipa Maidin , tiada masalah kena" boo.", pertahan kebenaran.

Hanipa Maidin , tiada masalah kena" boo.", pertahan kebenaran.
Gara-gara mempertahankan tindakannya menegur Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka dan mengkritik hudud Kelantan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin diejek 'boo' perwakilan muktamar di Kuala Selangor hari ini.

Ini bermula apabila seorang perwakilan dari Segambut mempersoalkan peranannya sebagai pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS yang sepatutnya mempertahankan presiden membawa rang undang-undang (RUU) persendirian hudud ke Parlimen.

"Inikah tarbiah yang kita hasilkan dengan ‘boo’ macam itu?

 "Saya tiada masalah, dalam Parlimen perangai Umno pun macam ni," katanya semasa memberi penjelasan dalam sesi pembentangan minit mesyuarat PAS 2014 di Kuala Selangor, hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata, isunya adalah RUU persendirian itu tidak pernah dibawa Hadi masuk dalam perbincangan PAS Pusat.

Malah mengakui dirinya, ahli Parlimen PAS lain termasuk Ketua Whip Datuk Mahfuz Omar tidak pernah berpeluang melihat RUU itu sebelum dihantar untuk dibentangkan.

"Dan apabila saya lihat RUU itu ada beberapa kelemahan. Jadi itu persoalannya, bukan nak pinda.

"Kita pertikai cara dan apa salahnya sekiranya kita buat teguran," katanya mempertahankan tindakannya mengkritik Hadi itu membuktikan amalan demokrasi wujud dalam PAS.

Hanipa berkata, dirinya sering mempertahankan hudud Kelantan tidak bercanggah dengan Perlembagaan walaupun menyertai forum “hostile hudud” di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH).

Beliau kemudian mencabar perwakilan membuktikan jika ada kenyataannya mengenai hudud bercanggah dengan presiden.

"Kalau ada kenyataan saya bercanggah dengan presiden, buktikan. Di mana yang bercanggah itu saya tak boleh jawab.

"Saya bagi jaminan kalau RUU dibawa ke Parlimen saya akan pertahankan dan saya akan berani lawan mana-mana wakil Parlimen Umno," katanya.

Hanipa semasa muktamar di Johor tahun lalu pernah menerima nasib sama, apabila mempertikaikan PAS mahu merebut kerusi menteri besar Selangor milik PKR. – 4 Jun, 2015

-Sumber TMI.


Batal hubungan dengan DAP, Ahli Dewan Ulamak patut letak jawatan dalam Kerajaan .

Batal hubungan dengan DAP, Ahli Dewan Ulamak patut letak jawatan  dalam Kerajaan .
Langkah permulaan Ahli Dewan Ulamak yang jadi ahli majlis, exco, pengarah GLC, ketua kampung dan lain-lain boleh letak jawatan.Sebulat suara letak jawatan di Pulau Pinang dan Selangor, kerana di situ ada DAP.
Berikut usul putus hubungan dengan DAP.

Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 54 yang bersidang pada 3 jun 2015/16 sya'ban 1436 H di KUIZM

Tahaaluf Siyaasi (Kerjasama Politik) Dengan DAP

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.

2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam satu soalan rasmi ke Parlimen bertarikh 18 mei 2015 melakukan provokasi terhadap usaha PAS Kelantan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belahkan negara.

5. Menyedari bahawa DAP secara konsistant dan berterusan menyerang Presiden PAS dengan pelbagai tohmahan dan kutukan.

6. Menyedari bahawa DAP secara berterusan dan konsistant melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dalam PR.

7. Menyedari bahawa DAP telah gagal untuk berpegang kepada prinsip "setuju untuk tidak bersetuju" dalam prinsip dan perjuangan bersendiri setiap parti dalam Pakatan Rakyat seperti perjuangan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.

8. Menyedari bahawa antara syarat-syarat Tahaaluf Siyaaasi (kerjasama politik) dengan parti yang tidak berlandaskan Islam mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam serta mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.

9. Menyedari bahawa sebahagian syarat-syarat keharusan kerjasama politik dengan parti tidak Islam telah dilanggar oleh sebahagian ahli PAS antaranya intimak (penggabungan diri) dan walak ahli hendaklah kepada parti Islam.

MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Diterima dgn sebulat suara 644 perwakilan Dewan Ulamak jam 6.50 ptg


Ustaz Ahmad Awang menang, Nizar boleh jadi PJ Pas Perak.

Ustaz Ahmad Awang menang, Nizar  boleh jadi PJ Pas Perak.
Ds Nizar dari segi logik akal   jika Ustaz Ahmad Awang menang Presiden PAS masa depan politiknya cerah.Tetapi sebaliknya , karier politiknya setakat itu sahaja.

Dengan Haji Razman Zakaria menjadi Pesuruhjaya jika Tuan Guru Abdul Hadi tetap kekal Presiden, masa depan Nizar dijangka terus gelap.

Haji Razman , PJ Pas Perak, jelas tidak sebulu dengan DS Nizar, ikon rakyat.Yang jelas  matinya karier  politik DS Nizar, UMNO akan senyum sampai ke telinga.

Teman-teman UMNO Bukit Gantang pun cukup suka DS Nizar kalah, pemilihan AJK.Senang mereka untuk tawan DUN Changkat Jering dan Parlimen Bukit Gantang,

Mengapa Haji Hadi nak kekalkan Najib-Nizar.

Mengapa Haji Hadi nak kekalkan Najib-Nizar.
"Najib kekalkan 1MDB, rasuah, kekalkan gst, pembaziran, rosmah, kekalkan pilihanraya kotor, kroni, perkauman perkasa, anti ulamak, anti hudud, kenaikan harga minyak, najib kekalkan kezoliman, pencerobohan pengasingan kuasa, kekalkan PM jadi mentri kewangan, kekalkan dsai dlm penjara, najib kekalkan amalan salah guna kuasa, amalan kemegahan, malang sekali Tuan Guru Haji Hadi nak kekalkan Najib!"  kata DS Nizar.

Muktamar Pemuda lewat sejam, perwakilan lambat.

Muktamar Pemuda lewat sejam, perwakilan lambat.
SHAH ALAM - Muktamar Tahunan Pemuda Pas ke-56 lewat sejam susulan kegagalan para perwakilan hadir mengikut waktu yang ditetapkan.

Pengerusi Tetap, Ustaz Kamal Ashaari berkata, sikap itu mengecewakan beliau kerana beliau tidak dapat memulakan sesi muktamar itu berikutan bilangan perwakilan tidak mencukupi.

"Sepatutnya kita bermula 8.15 malam, tetapi hasil kiraan tukang kira 9.15 malam baru cukup 'korum' 315 orang. Apakah ini gambaran nak bagi pada masyarakat lewat satu jam.

"Hari ini kita terpaksa mulakan muktamar dengan seadanya," kata Ustaz Kamal.

Seramai 736 perwakilan dan Exco layak hadir untuk sesi muktamar pemuda kali ini.

Pengerusi Tetap, Ustaz Kamal melahirkan kekecewaan itu apabila para perwakilan yang telah dipilih kawasan masing-masing gagal mematuhi peraturan yang dianggap remeh.

Suhaizan Kayat berucap, ada "hantu"SMS kutuk Tok Guru,guna nama dia.

Suhaizan Kayat  berucap, ada "hantu"SMS kutuk Tok Guru,guna nama dia.
Askm. Hanset saya kena hack. Jika dapat SMS yg mencurigakan dari Nombor saya sila abaikan. Ada pihak yang mahu memalukan saya. Harap Maklum
SUHAIZAN KAIAT

Ini betul sudah main kotor. Macam mana Ketua Pemuda PAS Pusat Sdr Suhaizan Kaiat sedang berucap dalam waktu yang sama mesej kutuk TGHH, disebarkan.



 

Ustaz Awang tak layak, AJK yang tampar Hanifa ,layak tak jadi AJK PAS.

Ustaz Awang tak layak, AJK yang tampar Hanifa ,layak tak jadi AJK PAS.
KENYATAAN MEDIA WHATSUP
(mintak tolong pakat2 viralkan. Tksh)

Berkenaan dengan tulisan AKUANAKPERAK diatas saya selaku pembantu khas UAA ingin membuat penjelasan berkenaan beberapa isu yg dibangkitkan oleh beliau;

1. Menghadiri persidangan d luar negara. Persidangan yg dihadiri d beirut sudah lama diterima sebelum UAA ambil keputusan utk terima pencalonan lgi. Kos pemergian kesana semuanya ditanggung oleh pihak penganjur. UAA adalah timb presiden kesatuan ulama sedunia cawangan malaysia. Presiden ust abd ghani shamsudin juga dijemput tapi beliau tak dpt pergi.

2. Isu mercedes sudah dijelaskan oleh UAA iaitu ianya dipinjamkan oleh seorang tokoh korporat yg kasihan melihat UAA kesana sini berdakwah dgn kreta yg uzur. Mreka bg pinjam pada UAA sbb "nak tumpang pahala"

3. Isu knapa buat d hotel dan mana dpat dana. Kpada tuan2 yg pernah hadir d pgrm UAA pun bleh tau sbb selalunya penuh sesak dan dlm keadaan bilik seminar hotel yg ada aircond tu pun pkt2 berpeluh jd bayangkanlah klau buat d markas2 pas. Lgi satu semua org tau yg markas2 pas x byk yg besar2, aircond dan kemudahan lain pon x lengkap. Dana? UAA bukannya ada duit pun, malah UAA pernah bgtau sya yg sepanjang kempen ni pendapatan kluarga terjejas sbb byk kuliah tetap terpaksa dibatal. Klau UAA kaya xkan beliau nk dok d rumah flat sempit d sri gombak yg ruang tamunya hanya boleh muat x sampai 10 org tetamu? Sbelum ni ada tohmahan kononnya UAA dpt projek balak d perak lpas PR perintah. Bila sya tgok sendiri rumah flat sempit yg UAA dok maka sya faham sendiri yg tuduhan tu tak betul. Bayaran kos hotel dan penginapan serta tiket kapalterbang biasanya di sponsor oleh ahli2 PAS yang prihatin dan ingin melihat PAS berubah kearah kebaikan (jgn ingat org2 PAS miskin2 semua).

4. Tentang YB khalid samad dan YB Hanipa maidin tu kna faham bahwa dlm pertandingan ni UAA hanya bertanding jawatan presiden saja dan tidak ada membentuk mna2 tim pon. Cuma biasanya bila penganjur buat program mreka suka gandingkan UAA dgn pemimpin2 mcm tu. Sepatah pon x pernah kluar dari mulut UAA supaya pilih org ni atau org tu sbgai timb presiden, naib atau sebagainya, maknanya UAA boleh berkerjasama dgn siapa saja, malah tujuan utama UAA terima pencalonan ialah untuk menyatukan semula ahli2 PAS yg dilihat berpecah ketika ini. Lagipun secara peribadi sya tidak melihat ada yg tak kena dgn kdua2 pemimpin tsbt. Yb khalid menang d shah alam dh brapa penggal, beliau lantang mengkritik segala kepincangan samada d dalam atau diluar parti, sebab tu agaknya ramai x suka beliau. Peguam hanifa maidin dok tolong org2 pas dlm kes mahkamah lwan kerajaan tanpa ambil upah. Kes sya pun beliau tolong FREE saja sedangkan lawyer luar sya dh kena, mntak sampai ratusan ribu. Beliau pun sama mcm yb khalid, lantang tegur perkara yg x betul smpai dlm mesyuarat pas pusat kna tampar blakang oleh rakan ajk kerana tegur presiden saja. Tapi beliau sayangkan pas sebab tu beliau x mau heboh2. Klau kita sudah tentu repot polis dan saman d mahkamah, mka akn hebohlah yg mesy ajk pas pusat dh jadi lbih teruk dri mesy cawangan mic.

Akhir skali nk tanya kpada Pj perak yg kluar knyataan harini kata UAA blum layak jadi presiden tu " Apa pendapat tuan hj terhadap seorang yg memukul (menampar dgn kuat) belakang seorang ajk pas pusat hanya kerana dia menegur presiden? Adakah orang yg menampar tu sesuai utk menjadi AJK Pas Pusat atau lebih sesuai jadi kepala gengster di Lenggong?"

Sekian. Semoga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada para perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan yg terbaik utk memacu PAS kearah kemenangan dikala umno bn sedang hampir lemas angkara kezaliman mereka terhadap rakyat selama ini.

Perkuatkan PAS_Perkukuhkan PR_Pilih UAA sbgai Presiden

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hj Zaidi b Ahmad ( bekas mejar TUDM)
AJK PAS Kawasan Sg Petani
Pembantu Khas
UAA 4 PRESIDEN


PAS Kota Bharu ,7 undi untuk Ahmad Awang.

PAS Kota Bharu ,7 undi untuk Ahmad Awang.
Yang di-Pertua Pas Kawasan Kota Bharu , Dato Wan Rahim dalam FBnya menyatakan , kawasan yang dipimpinnya akan mengundi Ustaz Ahmad Awang.

Kawasan lain belum menyatakan secara terbuka.Jika perwakilan menjadikan  itu satu indikator, perwakilan kawasan lain perlu mengikuti langkah PAS Kota Bharu itu.

Perwakilan kena memikirkan Malaysia bukan hanya memikirkan Kelantan atau Terenganu.

PAS mesti menjadi parti mendepani massa.Usah biarkan massa , meninggalkan PAS.Perwakilan kena tahu menilai yang mana kaca atau intan.Perwakilan mesti jadi jauhari juga mengenal manikam.

Nizar, pilih Ustaz Ahmad Awang , dia juga boleh Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Nizar, pilih Ustaz Ahmad Awang , dia juga boleh Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Presiden dan barisan kepimpinan yang baru perlu diwujudkan di dalam PAS bagi memastikan parti itu terus kukuh bersama Pakatan, bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata beliau hanya mahukan parti itu dipimpin oleh individu yang tidak memperkecilkan rakan pimpinan dalam Pakatan demi menjaga keharmonian parti.

"Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

"Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

"Dia (Hadi) boleh cakap Arab, dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia (Ahmad) boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

"Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu," kata Nizar.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.  

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu ialah calon Presiden Ahmad Awang dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Nizar berkata, walaupun beliau tewas untuk mengekalkan jawatan yang dipertua PAS Kawasan Kampar, namun beliau tetap bertanding mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa PAS Pusat pada pemilihan kali ini.

Beliau turut mendakwa, semasa pemilihan PAS kali ini, beliau teruk difitnah "orang dalam parti" berbanding yang pernah dilakukan oleh Umno semasa pilihan raya umum lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan individu terbabit.

Nafi tolak ulama

Katanya, fitnah yang dilemparkan bahawa beliau menolak kepimpinan ulama tidak benar sama sekali memandangkan segala kritikan yang diberi kepada kepimpinan PAS demi sayangkan parti.

"Adakah betul kumpulan profesional nak gulingkan ulama sedangkan saya beranggapan kalau tiada ulama (Majlis Syura) untuk tangani masalah yang di bawa Umno, dah lama PAS merudum.

"Ulama sebenarnya yang menyelamatkan parti kerana mereka ada ilmu yang boleh menyelamatkan parti. Tiba-tiba saya hari ini dituduh anti ulama dan nak jatuhkan presiden.

"Sedangkan kalau di dalam mesyuarat, kalau saya beri kritikan itu bermakna saya sayangkan orang tersebut tetapi saya lebih sayangkan parti.

"Saya beri pandangan dan kritikan kerana saya nak mereka membangun, bukankah itu peradaban dalam Islam. Semasa dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Aziz (Nik Mat), saya beri kritikan yang sama dan mereka raikan pandangan mana-mana ahli PAS.

"Hari ini pandangan dalam PAS, kalau kritik presiden, ini lah orang yang sokong bawa rebah," kata ADUN Changkat Jering itu lagi.

Susulan kenyataan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang yang dilapor memberi kata dua kepada perwakilan dan bebas memilih pemimpin sama ada yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya, Nizar mempersoalkan sama ada perwakilan mahukan presiden yang didakwanya menjadi boneka DAP atau Umno.

Menurut Nizar, dalam situasi banyak pihak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat pihak dalam PAS yang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan ahli parlimen Pekan itu sebagai ketua negara.

"Umno sekarang dalam keadaaan paling lemah apabila Tun Mahathir Mohamad, (timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan adik najib turut menghentam (Najib), tetapi ada pihak pula yang kata kekalkan Najib.

"Kalau macam itu saya boleh kata, nak jadi presiden yang jadi boneka DAP atau boneka Umno?" soal Nizar yang mendapat tepukan daripada hadirin. (Sumber malaysiakini)