Terkini

Zuhdi Ajk PAS, ibarat raja segala lawak 2015.

Parti Amanah Negara (AMANAH) geli hati dengan dakwaan PAS bahawa Israel menawarkan DAP AS$300 juta (kira-kira RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu sebagai habuan jaminan untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki pada 30 Disember lalu adalah ibarat raja segala lawak bagi 2015.

"Bagaimana harus saya respons terhadap lawak ini? Saya fikir kita adalah macai DAP, sekarang kita jadi macai Israel pula," kata Mujahid sambil tergelak.

"Berapa banyak macai DAP ada sekarang? Jika mereka mempunyai begitu banyak wang, mengapa tidak DAP beli Umno sahaja?

"Meminta ulasan saya mengenai isu ini pun sudah dikira sebagai satu penghinaan. Ia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan untuk mana-mana ahli politik untuk beri respons terutama dari AMANAH," katanya.

Mujahid berkata adalah seseuatu yang tidak terfikir bahawa parti pembangkang mahu menawarkan sebuah rejim seteru untuk menubuhkan pangkalan udara yang di Malaysia sedangkan ia belum merampas Putrajaya.

Beliau berkata walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, ia terus mempunyai kepentingan perniagaan di negara ini.

"Mengapa Zuhdi tidak tanya soalan ini?" kata Mujahid kepada bekas rakannya itu.
sumber mk.



4 Responses to "Zuhdi Ajk PAS, ibarat raja segala lawak 2015."

  1. Jgn terlalu angkuh tuan..sudah dgr penjelasan razali (bekas pembantu LGE)? Pernah dgr G17, sy tidak terus percayainya tp sy jg tdk tolak keberannya..dap mmg terkenal skp anti islamnya..90% mereka kristian, halang hudud dan mahu wang zakat (sudah berlaku di perak)..mereka belajar dr pap & mossad..buka lah mata hati tuan..razali yg berikan wang $15k stp bulan pd presiden pan mat sabu..kembalilah ke pangkal jalan tuan2 semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang zakat kena tanya Jamil khir bro, katanya siap dgn simulator kah kah kah untuk lawan israel beb!......eemm hudud bila apco nak bincang dgn Pas? hudud ditangan Pas dan ameno hmmm jadi Isis atau jadi din ayam la malaysia.....habis kapir semua.

      Delete
  2. DAP terkenal dgn sikap anti islamnya..
    Patutlah peruntukan utk agama islam dipulau pinang meningkat dr 8.5 juta setahun(zaman BN) ke 60juta..
    Kalau DAP bukan anti islam,gamaknya peruntukan brp billion agaknya?
    Peruntukan utk sekolah agama rakyat pun diberi,dimana semasa pemerintahan BN langsung tak ada peruntukan utk SAR..tu bukti DAP mmg kuat anti islam..
    Makan nasi ke makan fitnah?

    ReplyDelete
  3. Kalau begitu pasti DAP boleh terima hudud hanya utk Muslims kan kan kan?

    ReplyDelete