Terkini

SAMM cetak 25,000 "booklet "skandal balak Kelantan.

Kenyataan Media
19 April 2016

Setelah tiada tindakan ‘konkrit’ dari pihak berkuasa SAMM cetak 25,000 naskah booklet mengandungi dokumen dan fakta mengenai Skandal Balak Kelantan.

1. 27 Oktober 2015, SAMM telah tampil mengiringi sekumpulan anak muda Kelantan untuk membuat laporan SPRM berkenaan Skandal Balak Kelantan. Laporan disertakan dokumen bukti sokongan. 

2. Saya mengajak untuk mengimbas laporan SPRM kononya Almarhum Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz menerima rasuah pakej haji. Hanya beberapa jam selepas laporan dibuat, SPRM mengumumkan wujud asas aduan dan SPRM telah membuka kertas siasatan rasmi. Malah Pemuda Umno terlibat membuat demonstrasi menghantar memorandum kepada SPRM. 
Satu lagi kes, apabila laporan kononya Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan ‘pecah amanah’ atau rasuah berkaitan agihan 46 lembu korban yang diagihkan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Hanya dengan antara bukti selemah gambar agihan lembu yang mempunyai imej sebuah syarikat kaitan kerajaan negeri maka SPRM telah mengeluarkan kenyataan siasatan dijalankan dan hasil siasatan diserahkan kepada Peguam Negara.

3. Malangnya dalam kes yang punya bukti sekukuh yang dilampirkan, SPRM kelihatan langsung tidak bertindak malah membisu. Tiada kenyataan dibuat. Yang ada saya disiasat berjam – jam berkenaan laporan yang saya buat. Nampaknya membuat laporan ke atas pemimpin Pas kini seolah membuat laporan ke atas pemimpin Bn sahaja.

4. Maka SAMM telah mencetak edar sebahagian dari bahan bukti, fakta serta dokumen berkaitan untuk ditonton dan dihakimi rakyat. Bagi mendapatkan booklet terbaru ini boleh berhubung (whats app) 018 355 7923. Sehingga kini hampir 5,000 booklet sudah teredar. 24 April 2016 booklet ini akan dilancarkan di Kelantan.

5. SAMM juga memaklumkan sudah ditangan kami beberapa dokumen termasuk salinan asal beberapa transaksi yang melibatkan ‘rasuah’ balak Kelantan yang akan kami dedah dalam masa terdekat.
Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2 Responses to "SAMM cetak 25,000 "booklet "skandal balak Kelantan."

  1. Wow! Semenjak sudah sedondon dgn ketua penyamun.. geng walaun2 ni...sudah jadi kebal. tidak boleh diusik langsung..hebat! Patutlah, bebas aje masuk keluar Sarawak.. sudah Ada penjaga rupanya.

    ReplyDelete
  2. Semoga segala kesalahan (jika ada) akan dapat dibongkarkan.. jgn tunggu sampai PRU baru nak bongkar.. time tu dah terlambat..

    ReplyDelete