Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 960,000 atau 60 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam masih tidak memiliki rumah.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75 peratus merupakan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.
"Sempena Hari Pekerja pada hari ini, kami mahu kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap keperluan penjawat awam iaitu memiliki kediaman sendiri selain kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengawal harga dan menambah rumah mampu milik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja Cuepacs yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini.
Sambutan Hari Pekerja Cuepacs tahun ini bertemakan 'Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara' turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan kira-kira 1,000 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.
Azih berkata ada di antara penjawat awam yang sudah bersara, masih tidak memiliki rumah dan mereka terpaksa menyewa rumah sebaik tamat perkhidmatan.
"Bayangkan ada yang sudah bersara yang sebelum ini tinggal di kuarters kerajaan tidak memiliki rumah dan ada kakitangan kerajaan terpaksa tinggal dalam satu rumah yang turut didiami oleh dua tiga keluarga yang lain.sumber.
Pekerja swasta lagi ramai tak mampu memiliki rumah Aziz oii...kau orang penjawat awam macam2 kemudahan kerajaan bagi hasil kutipan cukai dari rakyat (GST contohnya)tapi semuanya dilonggokkan pada penjawat awam...sudah2 lah Aziz oi..jangan nak temberang ler kata 960,000 kakitangan awam tak ada rumah..hakikatnya kebanyakkannya MEMILIKI LEBIH DARI SEBUAH RUMAH DAN DISEWAKAN....
ReplyDelete