Polis melarang penggunaan 'drone' atau pesawat tanpa pemandu (UAV) di kawasan Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar.
Sementara itu tempat berlangsungnya proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar esok,1381 anggota polis akan mengawal keadaan.
Jurucakap polis bagi PRK Kuala Kangsar ACP Shaharon Anuar Abdul Latiff berkata sekiranya dikesan, pihaknya akan bertindak menjatuhkan 'drone' itu dan mencari individu yang menggunakannya.
Pakatan Harapan (AMANAH) meminta ahli dan penyokongnya tenang dan bersopan sewaktu berarak dan menunggu keputusan siapa yang bertanding.
0 Response to "Penamaan calon,Pakatan Harapan tidak guna "drone", kawal penyokong."
Post a Comment