Terkini

AMANAH menekankan kepimpinan bertaqwa-Ustaz Fakhrurazi.

Kepimpinan bertaqwa yang turut menekankan aspek integriti jauh berbeza dengan kepimpinan ulama yang kerap dilaung oleh Pas, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ustaz Mohd Fakhrurazi Mohd Mokhtar.

Menurutnya, kepimpinan bertaqwa atau muttaqin memiliki ciri yang bukan sekadar tahu dan faham tetapi melaksanakan tuntutan Allah.

"Bukan setakat cakap tetapi buat. Paling penting, pelaksanaan suruhan Allah itu perlu disesuaikan dalam kerangka masyarakat majmuk di negara kita.

"Sistem nilai sosio-budaya masyarakat di Malaysia tentunya berlainan dengan cara hidup mereka di Tanah Arab," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Mengulas lanjut tentang kepimpinan muttaqin, beliau berkata, gagasan tersebut penting diterapkan memandangkan bukan semua ulama itu sendiri bertaqwa.

"Walaupun ada ilmu agama, tetapi jika tidak menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang adil, termasuk memerangi pemimpin zalim maka rosak masyarakat dan tanah air itu.

"Jatuhnya kerajaan-kerajaan Islam dahulu pun antara lain disebabkan wujudnya golongan agamawan yang berkepentingan.

"Sebahagian mereka membela bahkan mengampu pemerintah zalim demi menagih habuan. Sikap mereka itu didorong oleh ketakutan kepada penguasa bukan ketaqwaan menegakkan kebenaran dan keadilan," jelasnya.

Ustaz Fakhrulrazi turut menekankan elemen keterbukaan dalam menzahirkan kepimpinan bertaqwa.

"Selagi tidak lari daripada syariat, sebarang nilai yang sesuai selari dengan peredaran zaman harus dibahas dan tidak salah untuk dilaksanakan.

"Inilah warisan intelektual yang sudah direntas oleh generasi ulama dan pemimpin bertaqwa terdahulu.

"Namun, kalau kita sebaliknya hari ini hanya mementingkan kulit berbanding isi juga lebih suka menghukum daripada mendidik dan menggunakan pendekatan berhemah, kepimpinan korup dan zalim tidak mustahil akan terus bermaharajalela," tambahnya lagi.

9 Responses to "AMANAH menekankan kepimpinan bertaqwa-Ustaz Fakhrurazi."

  1. Bertakwa maksud PAN ialah bila bwk lari kerusi langgar sumpah baiah hina ulama muktamar solidariti bersama perasuah bla bla bla bla..

    ReplyDelete
  2. Salam En. Anonymous,

    Sumpah baiah cerai binilah benda paling bongok yang Ulama PAS buat!!!

    Untuk memudahkan pemahaman saya ambil contoh Akta Kontrak 1950, kontrak dengan konsiderasi perkara yang dilarang oleh undang-undang adalah batal dan tidak sah.

    Contohnya, jual dadah dengan harga RM 10,000.00. Kontrak ini adalah tidak sah dan batal!!!

    ReplyDelete
  3. En. Anonymous,

    Dalam Islam pula, saya beri contoh lain iaitu nazar. Nazar apabila telah mendapat sesuatu yang dihajati hukumnya wajib dilakukan.

    Walaubagaimanapun, bolehkah kita bernazar kalau mendapat sesuatu kita berzina???

    Haram melakukannya kerana bernazar perkara mungkar!!!

    Baiah adalah wajib tetapi bolehkah kita berbaiah menceraikan isteri???

    Menceraikan isteri tanpa sebab yang kukuh adalah menganiaya wanita dan hukumnya haram dan mungkar!!!

    Jadi baiah itu adalah terbatal daripada permulaan (void ap initio). Dah batal macam mana nak jadi hukum???

    Itulah En. Anonymous, masuk lagi parti orang bodoh (bukan saya cakap, perwakilan PAS Johor yang cakap masa muktamar baru-baru ni), kan dah bodoh jadinya!!!

    Lain kali pergilah kepada parti yang cerdik, taklah diperbodohkan orang!!!

    Sokong lagi perkara-perkara mungkar macam tu!!! Dah tak ada benda bodoh lain ke nak buat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pastinya sahih pengkhianat bwk lari kerusi dan tergamak bersolidariti bersama perasuah..

      Delete
  4. En. Anonymous,

    Yang pastinya tidak sahih lagi siapa pengkhianat dan siapa perasuah!!!

    Yang pastinya baiah tu menzalimi wanita hukumnya haram dan termasuk perbuatan keji!!!

    Tukar nama partilah jadi Parti Baiah Perkara Keji dan Mungkar Setanah Melayu!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom nobody bersolidariti bersama bapak perasuah

      Delete
  5. Jom En. Anonymous, keluar daripada parti orang bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersolidariti bersama perasuah dianggap pandai ke nobody?

      Delete
  6. Menuduh orang perasuah kerana beli rumah harga diskaun dengan duit sendiri tanpa balasan pandai ke bodoh En. Anonymous???

    ReplyDelete