Terkini

Perdana Menteri pencen pun ditakuti Najib.

Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk parti baru bagi menjatuhkan Umno-BN jelas memberi kesan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri menyatakan kekecewaannya, sekali gus menyifatkan tindakan Mahathir itu sebagai “kemuncak penderhakaan” kepada Umno dan negara.

"Dr Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.

"Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram BERSIH, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak mata wang.

"Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanah airnya," kata Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.

2 Responses to "Perdana Menteri pencen pun ditakuti Najib."

  1. Tang penderhakaan kepada UMNO tu aku setuju (tapi kalau dah yang ada kat dalam UMNO tu semuanya penyamun, apa yang boleh dibuat lagi selain derhaka). Tapi yang Najib dok lebang kata penubuhan parti baru tu pengkhianatan kepada negara, tu betul ke? Adalah menjadi hak sesiapa sahaja untuk menubuhkan parti dalam negara demokrasi. Najib ni dah sewel ke bila dia ingat negara ni milik total UMNO? UMNO bukan ada hak turun temurun keatas kerajaan Malaysia. Kalau rakyat ramai2 pakat tendang UMNO dan BN keluar dari kerajaan, itu namanya demokrasi. Tak ada istilah derhaka, khianat ataupun belot. UMNO sekarang ni dah masuk phase tiga meroyan....tak senang duduk bila rakyat mula bangkit dan mula secara terang2 dan besar2an menolak UMNO. Hidup rakyat! Hidup demokrasi! UMNO mati, tak sapa peduli!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua rakyat yang cintakan demokrasi dari sekarang hendaklah bekerja keras menukar kepercayaan khurapat Melayu yang tebal dengan Umno. Mereka adalah golongan sasar dan bank Umno untuk PRU terutamanya PRU14 nanti.

      Delete