Terkini

Adakah Hj Hadi atau Najib yang alami krisis wala'?

SHAH ALAM – Kesetiaan sepatutnya dilahirkan daripada orang yang berfikir dan taat dalam keadaan faham serta jelas dan bukannya secara membuta tuli, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, wala’(kesetiaan) yang membuta tuli hanya akan menghancurkan masa depan negara.
“Ada pemimpin yang sedang mengalami krisis wala'.

“Sesuatu yang pelik bila pemimpin dan kepimpinan meminta disetia dan ditaati oleh semua berbanding  ulamak dan pemimpin dahulu dengan amal perbuatan,percakapan,kejujuran dan keikhlasan diri yang membuatkan mereka diberikan kesetiaan (wala') oleh orang bawahan atau rakyat keseluruhan,” katanya.
Jelasnya, wala’ tidak boleh melahirkan orang yang hanya mengikut telunjuk, sebaliknya wala’ semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan faham dan jelas.

“Wala' sebagai istilah agama disalah guna, wala' cuba digunakan untuk diberikan kesetiaan dan kepatuhan membuta tuli.

"Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syarak dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa,” ujarnya lagi.sumber

1 Response to "Adakah Hj Hadi atau Najib yang alami krisis wala'?"

  1. tiga perkataan magik najib belajar dr hj hadi...

    BAI'AH
    WALA
    KHALIFAH NEGARA ISLAM - haram dijatuhkan

    maka digunakan lah najib ketiga2 perkataan magik ini utk menguatkan kedudukannya.

    najib sekarang sgt suka dgn islam pas kerana rupanya haram menjatuhkan khalifah islam Malaysia najib.

    wahh.. islam ni betul2 indah lah. org penyamun mcm aku pun tk boleh dijatuhkan. apapasal aku tk terfikir dari dulu perkataan2 itu..... huh kalau ana berjaya, ana akan bagi tuan penasihat 25 perseeeeennn !

    hj hadi: kita lawan tuan sadeq, jgn takut. PH tu apa, budak mentah.

    najib : sain?

    hj hadi : saiiin?


    maka terjuallah perjuangan rakyat menuntut keadilan.

    ReplyDelete