Terkini

Berapa lamakah PAS nak duduk jadi pembangkang- Muhyiddin


 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat terus cuba memujuk Pas untuk bersama-sama dengan gabungan parti pembangkang bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Marilah kita duduk sama-sama untuk berunding. Matlamatnya hanya satu untuk mengalahkan BN. Saya rasa sukacita malam ini mendengar kenyataan yang tegas bahawa Pas tidak bekerjasama dengan Umno. Pas menentang Umno.
"Itu juga matlamat PPBM. Kita tidak akan tunduk pada Umno. Kita mahu mengalahkan Umno-BN supaya negara kita terjamin berada dalam keadaan yang lebih selamat," ujarnya pada kemuncak program ceramah anjuran Pas Selangor di Sungai Buloh malam tadi.
Menurut bekas Timbalan Presiden Umno itu, Pas tidak akan mampu untuk menjatuhkan BN yang sekian lama berakar umbi jika masih mahu bersendirian dan gagal menyelesaikan perselisihan dengan Amanah dan DAP.
"Berapa lamakah Pas nak duduk sebagai pembangkang? Mesti nak duduk jadi kerajaan. Saya pun tidak mahu lama sebagai pembangkang. Saya mahukan kuasa supaya saya boleh buat apa yang Najib tidak boleh buat. Saya nak laksanakan dasar-dasar yang baik untuk rakyat tetapi beri kuasa kepada kita. Bagi lima tahun saja dulu kalau tidak betul, buanglah.
"Kalau kita hanya mahu buat (jatuhkan BN) atas nama PPBM saya tidak yakin kita berjaya. Kalau Pas bersendirian menumbangkan BN, sejarah membuktikan tidak mungkin boleh berjaya. Ini sejarah tetapi kalau ada gandingan, kerjasama, muafakat atas tujuan muslihat yang satu dengan gabungan parti-parti lain lebih mudah untuk mencapai matlamat membentuk kerajaan

0 Response to "Berapa lamakah PAS nak duduk jadi pembangkang- Muhyiddin"

Post a Comment