Terkini

Fokus lawan BN tak usahlah bertanding di Permatang Pauh-Nurul Izzah.

YB Nurul Izzah  berbincang  bersama Tun Dr Mahathir bagaimana mahu melawan BN dalam PRU 14. 

Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah Anwar menasihati PAS supaya berfikir kembali untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.
Hal ini  kerana katanya, PAS seharusnya perlu fokus melawan Barisan Nasional dan tindakan tersebut hanya akan mengelirukan pengundi di kawasan itu.
“Saya rasa dia (PAS Permatang Pauh) patut fikirkan semula keputusan mereka dan fokus berlawan BN.
“Kalau tak, nanti pengundi akan keliru dengan tindakan mereka,” katanya kepada pemberita selepas perasmian konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

0 Response to "Fokus lawan BN tak usahlah bertanding di Permatang Pauh-Nurul Izzah."

Post a Comment