Terkini

PAS keliru .- Mahathir

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir mendakwa Pas keliru apabila tidak mahu bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menyertai Pakatan Harapan.
Ini kerana katanya di Selangor, Pas adalah sebahagian daripada kerajaan negeri yang turut ada DAP di dalamnya.
"Pas sedikit keliru. Pada waktu sekarang Pas adalah dalam kerajaan Selangor yang mana ada DAP juga. Dalam masa yang sama Pas tak mahu bersama kita. Saya rasa mereka perlu buat keputusan. kita menunggu sama ada mereka mahu bersendirian atau bersama pembangkang yang ada Amanah dan DAP," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Konvensyen Amanah kali pertama di Shah Alam hari ini

0 Response to "PAS keliru .- Mahathir"

Post a Comment