Terkini

Rafizi minta Hj Hadi jawab,kenapa kerjasama dengan UMNO

Naib Presiden PKR, YB Rafizi Ramli secara terbuka mempersoal sikap kepimpinan Pas yang mengambil pendekatan berbaik-baik dengan Umno ketika rakyat dibebani dengan pelbagai masalah ekonomi.

Berucap pada majlis makan malam anjuran Amanah Kelantan di Dewan Perniagaan Cina negeri di Kota Bharu, beliau berkata, soal kerjasama seperti dianjurkan Islam sebenarnya tidak termasuk dalam hal yang merosakkan.

"Saya nak Datuk Seri Hadi (Presiden Pas) jawab kalau Najib terus buat hutang, menyusahkan rakyat, menyebabkan harga barang naik, orang tiada kerja, cukai dan lain-lain, adakah terus membantu Datuk Seri Najib ataupun menasihati atau bekerjasama dalam hal-hal yang nampaknya baik dibawa oleh Umno, tidakkah itu perlu dibandingkan dengan kerosakan dan bahaya jauh lebih besar yang terhasil daripada kerjasama tersebut?

"Betul, Allah ingatkan kita bantu-membantu dalam perkara yang baik, tetapi dalam ayat sama kita juga diingatkan jangan kita bantu-membantu perkara yang tidak baik," tegasnya kelmarin.

1 Response to "Rafizi minta Hj Hadi jawab,kenapa kerjasama dengan UMNO"

  1. si rafizi kan hebat dalam membangkit isu2 semasa. kenapa nak minta khidmat Ustz Hadi. kalu pada rafizi Ustz Hadi tak betul, maka janganlah nak suruh dia lagi.

    ReplyDelete