Terkini

YB Khalid Samad mangsa politik.

Yb Shah Alam Mangsa Politik

Apa yang menimpa ke atas sahabat saya Yb Khalid Samad seorang anggota legaslatif adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Perkara yang menjadi persoalannya adalah menggunakan nama agama untuk kepentingan politik. 

-Yb Khalid Samad adalah mangsanya. Mengajar tanpa tauliah adalah satu kesalahan, tujuannya untuk mengelakkan sesuatu fahaman 'sesat' daripada disebarkan. Sesat itu pula mesti disiasat terlebih dahulu di mana sesatnya dan apakah orang yang mengajar itu menganut secara sah fahaman 'sesat' tertentu. Fahaman sesat mestilah konsisten pula dengan usaha menyebarkannya kepada awam. Adakah Yb Khalid Samad 'sesat' dalam pengertian JAIS dan cuba menyebarkannya di masjid dan surau di Selangor ajaran 'sesatnya?'

-Ada dua keadaan yang perlu ditetapkan, adakah Yb Khalid Samad mengajar atau sekadar memberi taklimat atau penerangan tertentu terhadap isu semasa yang menjadi kepentingan umat Islam seperti isu Palestine atau lain -lain isu yang dianggap relevan oleh pihak surau atau masjid?

-Inilah yang saya sebutkan selama ini, perlu dbezakan antara isu Agama dan Otoriti Pentadbiran Agama. Agama akan senantiasa memelihara Maqasid Syariah dan mengelak dari ia dieksploitasikan tetapi Otoriti Pentadbiran Agama boleh sahaja terdedah kepada kepentingan pihak tertentu untuk diambil tindakan atas nama agama.

-Bayangkan jika RUU 355 versi MP Marang diaplikasikan maka hukuman lebih berat akan berpotensi menimpa kepada individu yang tidak bersalah dari sudut agama tetapi berpotensi menjadi 'salah' dari sudut politik dengan menggunakan nama agama.

Yb Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
Naib Presiden Parti Amanah Negara

0 Response to "YB Khalid Samad mangsa politik."

Post a Comment