Terkini

Isu Mufti:Ketua Pemuda PAS buat fitnah,

Malu weh! Orang panggil dia ustaz, tapi pembawa fitnah.Bukan aku cakap, Timbalan Ketua Menteri Pulau  Pinang yang cakap.Nama ustaz itu, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen.Dia ingat Jawatan Mufti , jawatan di bawah Ketua Menteri.Ketua Pemuda, seperti tidak berada di  alam nyata.

 Baca kenyataan di bawah:
FITNAH OLEH AFNAN HAMIMI BAHAWA KETUA MENTERI LIM GUAN ENG ARAH TUKAR MUFTI PULAU PINANG.  
.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menyambung kontrak bekas Mufti Dato’ Seri Hassan Ahmad kerana isu fatwa kalimah Allah, selain kononnya kerana membantah arahan Ketua Menteri bahawa semua fatwa perlu dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).  
.
Tuduhan itu fitnah dan berniat jahat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Sebagai seorang yang memahami ajaran Islam dan hukum-hakam, beliau sepatutnya memahami dosa fitnah. 
.
Fatwa kalimah Allah bersama 39 kalimah suci Islam yang lain, diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 29 April 2010, sewaktu Dato’ Seri Hassan sebagai Mufti Pulau Pinang.   
.
Dato’ Dr.Wan Salim mengambilalih jawatan Mufti daripada Dato’ Seri Hassan, pada 7 Jun 2014, iaitu selepas 4 tahun pewartaan kalimah Allah oleh Kerajaan Negeri. Dalam tempoh empat tahun, Dato’ Seri Hassan disambung kontraknya pada setiap tahun iaitu sebanyak 4 kali. 
.
Sebenarnya kebanyakan urusan untuk memartabatkan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang, saya mendapat nasihat terus daripada Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal perlantikan Mufti, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan Ahli Majlis MAINPP disyorkan dan diluluskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak ada sebarang campurtangan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
.
Sepertimana dijelaskan oleh Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebelum ini, bahawa Exco dan kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan fatwa atau menghalang sebarang pewartaan fatwa.   
.
Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik yang tidak berasas ini. 
.
Sebagai seorang bergelar ustaz, Afnan tidak sewajarnya membuat tuduhan semberono terhadap kerajaan negeri. Meskipun tohmahan itu ditujukan kepada pemimpin bukan Islam. Allah melarangnya.
.
Islam Rahmatun Lil Alamin, 
Islam Rahmat Seluruh Alam, 
Islam Rahmat Untuk Semua. 

KENYATAAN MEDIA
YB Dato’ Abdul Malik Kassim
Exco Hal Ehwal Agama, P.Pinang
4 Februari 2017

3 Responses to "Isu Mufti:Ketua Pemuda PAS buat fitnah,"

  1. SEORANG USTAZ...BERILMU DALAM AGAMA DAN MENGAJAR AGAMA!
    SEORANG KETUA,MUDA DAN BERILMU DALAM AGAMA dah takbur fitnah.

    KALAU TUAN GURU TERSASAR ANAK MURID PULA YANG NYANYUK...!

    ReplyDelete
  2. Pas itu party fitnah wal munafik

    Ahlinya pun fitnah wal jamaah

    Anak taikb azamabukdin ni silap party ... Dia nak jd mufti mcmn bapak dia... Tapi ilmu mcm tahi

    Yg ada ilmu fitnatun jahilun.. Party ajaran sesat @ al arqam jelmaan 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat tuduhan rambang macam ni tidak menjamin dapat membuat org percaya kpd pan. malah menambah keyakinan org bahawa pan mmg barua dap di mana ketuanya si kafirun yg jadi pengerusi mesyuarat belek fatwa sebelum dibawa kpd ydpa! maaf ini fakta.

      Delete