Terkini

Ali Hamsa mula-mula "test" Najib dengan alat uji bohong tu!

Orang nombor satu yang sepatutnya kena diuji dengan alat uji bohong poligraf, Perdana Menteri, Dato Seri Najib, kedua Peguam Negara, Ketua SPRM, Ketua Polis danlain-lain pegawai kanan, barulah kakitangan awam.Ini barulah kepimpinan melalui teladan,



ALAT UJI BOHONG (POLIGRAF) UNTUK PENJAWAT AWAM:YANG JADI PEMBOHONG BESAR ADALAH PM NAJIB DAN UMNO

Tergelak baca kenyataan Tan Seri Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang bercadang mahu *mengguna alat ujian bohong atau poligraf sebagai mekanisma bagi tangani rasuah dikalangan penjawat awam*. Nampak sangat kerajaan dah *"hilang akal"* untuk mencari jalan menanggani rasuah.

2. Dari hanya memperkenalkan ujian poligraf bagi membasmi rasuah dalam perkhidmatan awam,adalah amat penting perkara yang sama juga dilakukan untuk PM Najib,Menteri,ahli-ahli lantikan politik.Yang saya nampak *paling kuat pembohong adalah PM Najib dan pemimpin-pemimpin UmnoBn*.Sepatutnya kena uji cakap mereka ini dulu untuk dapat *laporan pengesahan pembohongan* kerana bukan hanya pegawai perkhidmatan awam yang "buat duit atas angin" sebab menjadi orang atasan,kadang-kadang ahli politik juga mengkhianati amanah,wang dan mandat rakyat. Jika sekarang mereka berbohong pun mereka kata tidak dan ada rakyat yang percaya mereka tak bohong.Pada hal dalam *kes 1MDB sah dari awal mereka berbohong yang betul betul bohong*.Jadi saya sarankan Tan Seri KSN boleh *mulakan ujian bohong kepada PM Najib dan anggota kabinet terlebih dulu serta paparkan bacaan poligraf setiap kali Perdana Menteri berucap di televisyen serta semua menteri di pakaikan mesin poligraf semasa sesi sidang parlimen*. Kalau tiada peruntukan nak beli mesin poligraf ini, saya sedia tolong *kempen untuk cari dana bagi ujian bohong PM Najib*.

 *"Siakap Senuhong Gelama Ikan Duri..Yang Cakap Bohong Tu Lah Yang Jadi Perdana Menteri"*.

3. Saya tidak menolak cadangan untuk menggunakan Poligraf untuk mendapat kepastian seseorang itu bercakap benar atau bohong tetapi poligraf bukan boleh atasi masalah rasuah.Masa diuji ok. *Lepas ujian duit hilang*.Yang penting mekanisma pentadbiran perlu melalui satu perubahan.Contoh *pemberian tender mesti melalui tender terbuka* yang di kendali lembaga tender yang bebas. *Kuasa tidak boleh berpusat hanya pada seseorang sahaja* sepertimana yang berlaku dalam kes 1MDB dan kes rasuah di Kementetian Belia Dan Sukan (KBS).

4. Tiada makna guna poligraf kalau isu 1MDB kita gagal mengheret PM Najib. *Tanpa poligraf ke atas PM Najib pun SPRM dah tahu Najib terlibat*.Peguam Negara diberhentikan serta diganti dengan *Peguam Negara baru yang terbukti bercakap bohong tanpa perlu ujian poligraf*.Kes 1MDB dan SRC telah "dipolybag dan dibakul sampah".Nasihat saya kepada Tan Seri KSN, *berhentilah lindungi jenayah rasuah PM Najib dan konco-konco UmnoBn*,bukan hanya untuk memberikan mereka peluang untuk memenuhkan poket masing-masing.

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
3:30pm Taman Al Walid Alor Setar
27 Mei 2017/1 Ramadzan 1438H

1 Response to "Ali Hamsa mula-mula "test" Najib dengan alat uji bohong tu!"

  1. Aku setuju najib patut memulakan dulu ujian tersebut. Lepas tu mahfuz, kita tengok dia masih duk dlm PAS sebab nak jadi anai2 kpd queennya iaitu PAN atau sebenarnya dia masih sayang kpd ulamak muktabar.. korang rasa?

    ReplyDelete