Terkini

Anwar mahu RM 9.5 juta peguam swasta disiasat.

TUDUHAN SERIUS, ANWAR MAHU DANA RM9.5 JUTA YANG DISALUR KEPADA SHAFIE DISIASAT SEGERA!

Dakwaan yang dibuat Sarawak Report bahawa dana berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dari akaun peribadi beliau ke dalam akaun peribadi peguam UMNO, Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat.

Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera. Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?

Yang menjadi persoalan lebih serius: siapa lagi yang turut menerima duit dari SRC International melalui akaun peribadi Najib?

Anwar Ibrahim
Mahkamah Jalan Duta
2 Jun 2017

0 Response to "Anwar mahu RM 9.5 juta peguam swasta disiasat."

Post a Comment