Terkini

Mat Sabu mahu hari raya ini, raya terakhir UMNO.

Baguslah masing-masing berazam  jadikan hari raya tahun ini hari raya terakhir UMNO sebagai ketajaan.Kerajaan BN yang kleptokrasi perlu ditolak.Mereka yang menjadi rakan sekutu BN juga perlu ditolak.


Kenyataan Media
22 Jun 2017

Hari Raya Terakhir Buat UMNO BN, Ubah!

Besar harapan rakyat Malaysia untuk melihat negara tercinta ini dapat dibina semula dalam segenap aspek yang telah dan sedang dinodai UMNO BN. Perubahan besar ini jelasnya perlu dirasai dan dilakukan bersama segenap rakyat dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH)

Pilihanraya ke-14 yang bakal berkunjung tiba dalam masa terdekat dan mungkin sahaja selepas Hari Raya akan menjadi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menolak parti rasuah UMNO BN kali ini. Kehendak rakyat untuk melihat negara ini bersih daripada rasuah perlu diutamakan. 

Pertembungan kali ini jelas adalah untuk rakyat Malaysia menolak kerajaan yang dipimpin oleh parti rantai berlian merah jambu dan dipimpin oleh orang yang kononnya 'menerima derma' dari syeikh Arab.

Penguasaan UMNO BN yang terlalu lama dalam pentadbiran Malaysia telah menyebabkan mereka terus bersuka-ria mencuri wang rakyat (kleptokrasi). Pelbagai penyelewengan dan manipulasi institusi penting rakyat berlaku sehingga 'Jerung' terus selamat. Sikap Peguam Negara yang terus berdiam diri dengan pelbagai bukti jelas Jabatan Keadilan Amerika terhadap pengsonglapan kewangan yang berpunca daripada wang 1MDB, yakni wang rakyat Malaysia. 

Hidup Melayu!. Kita mahu Melayu selaku kaum terbesar di Malaysia pada hari ini punyai jati diri yang kuat dengan mengangkat nilai integriti dan seterusnya menolak rasuah serta perasuah yang memimpin negara ini. 

Hidup Islam! Kita mahu Islam terus dipertahankan supaya Aqidah tidak terpisah dengan Akhlak dan Tadbir-Urus. 

Juga amat mustahak sekaligus Islam terserlah sebagai Rahmatan Lil A'lamin, yang mana Islam memberi kasih sayang dan keamanan kepada semua makhluk ciptaanNya.

Pembawaan politik kaum dan anutan agama yang sempit perlu dibenteras agar Malaysia dapat membangun dengan nilai bangsa dan agama yang lebih lnklusif dan Rahmat kepada semua rakyat Malaysia. 

Juga lebih utama pada hari ini ialah bagaimana untuk kita jadikan negara ini bersih dari rasuah? Bagaimana duit poket rakyat setiap hari dapat ditingkatkan? Bagaimana kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan? Bagaimana masalah pengangguran anak muda dapat diatasi? Bagaimana untuk memastikan rakyat dapat berteduh di teduhan yang selesa dan tidak membebankan?

Justeru, usaha untuk menjadikan negara ini maju dan bertamadun hendaklah digerakkan bersama-sama seluruh rakyat, NGO dan parti politik dalam mendepani kerajaan perasuah yang telah mencuri berpuluh billion wang rakyat. 

Tuan Haji Mohamad bin Sabu
Presiden Parti AMANAH Negara

8 Responses to "Mat Sabu mahu hari raya ini, raya terakhir UMNO."

  1. BERSEKONGKOL DENGAN PEENTANG TEGAR ISLAM DAN SEWAKTU DENGAN DEMI MENJULANG SISTEM DAJJAL YANG AKAN MEMPORAK-PERANDAKAN UMAT ISLAM DENGAN BERPOLITIK BERIDEOLOGI AKAL BUKAN BERDASARKAN WAHYU ALLAH SERTA BERETORIK DENGAN ISLAM.PADA 28HB JAN TUAH GURU DATO SRI HAJI HADI KATA DAP ANTI ISLAM DAN LIM KIT SIANG KATA NAK SAMAN SEHINGGA KEHARI INI TAK SAMAN-SAMAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggulah sejauh mana pembela kegiatan dakyah kristian evangelis nak beraya sakan jika UMNO sambut hari raya terakhir tahun ini.. ataupun masih ada pilihan lain buat mereka iaitu tumpang menyambut krismas bersama para penganut kristian evangelis yg juga buat kali yg terakhir!

      Delete
    2. Tolong jelaskan siapa yang menentang hukum ALLAH. Kalau di maksud kan DAP, kamu silap. Cuba selidik peruntukan DAP P.Pinang kepada Islam dan bandingkan dengan perilaku Najib yang berterusan menindas rakyat dengan pelbagai cukai untuk membayar hutang yang dia lakukan.

      Bila pula ALLAH menurun kan wahyu kepada pertubuhan(Parti) kerana ALLAH hanya menurunkan wahyu kepada para nabi. Tolong jelaskan president parti mana yang bertaraf nabi? Kalau di kata kan ada pemimpin yang begitu islamik, mungkin Hadi kot. Kalau dia yang anda maksudkan, anda silap kerana orang yang berpegang teguh dengan Islam tidak kan mencerca seseorang dengan pelbagai gelaran dan bersifat flip flop. Elok lah kita sama sama mengAMIN kan hasrat president AMANAH untuk kesejahteraan anak cucu kita.

      Delete
    3. Keupayaan untuk memahami, menganalisa dan merumuskan oleh otak NurBaiti Ramli belum sampai atau terlalu jauh terkebelakang berbanding kita yang menolak Barisan Nasional....
      Perlu kita sedari spesis seperti NurBaiti ini maseh ramai dan kebanyakan mereka ini tidak berapa nak cerdik Dan rela diturun taraf kedudukan bangsa mereka kepada bangsa yang mengemis dibumi sendiri....
      Mengharapkan dedak dan banyak lagi pekara kurang akal yang dilakukan...Paling ketara, spesis mereka ini sensing dikenal pasti bilamana mereka menzahirkan ketakutan yang amat sangat terhadap parti politik DAP...

      Kita tak mampu membuka minda mereka2 ini kerana mereka ini bengap sangat.... Kurang upaya berfikir.....
      SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN MEREKA INI....

      Delete
    4. Ada pihak yg mengaku nak jatuhkan BN tapi pada hakikatnya mereka sendiri sdg dipermainkan oleh mantan pengerusi BN itu sendiri.. tapi kalau dah otak tahap bebal mana nak perasan benda2 mcm ini.. buktinya? Sekarang kecoh dgn skandal 1MDB.. sedangkan dulu juga banyak skandal tapi cuma tak kantoi je sbb beliau bijak cover up.. takde beza antara mereka sebenarnya.. cuma yg satu kurang bijak sehingga habis terlondeh segala aibnya manakala yg satu lg pula bijak sehingga habis terpadam segala aibnya.. mujurlah PAS tidak terpanau silau matanya dek kebijaksanaan beliau sebagaimana silaunya mata PH yg telah berjaya dibaruakannya..

      Delete
    5. Mereka juga mendakwa parti islam takutkan DAP sdgkan mereka sendiri yg kegerunan lantaran bimbang kehilangan undi cina lalu dgn rela hati membaruakan diri.. cukuplah diri sendiri yg takutkan DAP kerana undi cina; jangan memandai mendakwa org lain turut sama mahu jadi barua DAP..

      Delete
  2. Bosannya baca benda tahap pemikiran iq rendah ni..isu yg sama ko ulang lps tu kata orang lain semua kapir melainkan ko ahlul pas wal syurga..syurga lah sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam irrelevant je komen kau ke atas mana2 komentar di atas BkS?

      Delete